in

“Jangan kata benda tu tampon” – Chef Wan Mengamuk Terjumpa Benda Jijik Dalam Paket Santan

F Santan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, chef adalah antara individu yang sering menitikberatkan kesihatan dalam pemakanan. Mereka selalunya mementingkan jenis bahan yang digunakan untuk masakan lebih-lebih lagi jikalau masakan itu untuk dipersembahkan kepada orang penting.


Chef mana yang tak mengamuk apabila mereka menjumpai ‘benda asing’ di dalam paket makanan yang dibeli. Tambah-tambah pula kalau chef tersebut adalah Chef Wan! Matilah korang! 

Wan Masak
sumber: instagram

Melalui perkongsian Chef Wan di Instagram semalam, chef selebriti itu telah memuat naik gambar sebuah kotak santan jenama tempatan yang didapati mempunyai cebisan asing yang menjijikkan di dalamnya.

Chefw

“OMG! Disebabkan ketiadaan santan untuk masakan ayam, saya telah bercadang untuk menambah satu paket (santan) ini. 

“Apa yang mengejutkan ialah saya telah menjumpai benda kotor ini di dalam paket kotak tersebut. Ia sangat menjijikkan! 

“Sebagai kepastian saya telah membuka paket yang kedua tetapi saya tidak menjumpai apa-apa melainkan santan. 

“Terfikir juga apa benda ini? Ada yang pernah mengalaminya? Saya mahukan penjelasan dari A*** B**** tentang hal ini. Tarikh luput lambat lagi pun,” rungut Chef Wan.

Malah chef yang juga bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini sempat berseloroh dengan mengatakan, “Jangan kata yang pekerja di kilang tersebut jatuhkan tampon mereka dan benda ini berenang di dalam santan?”

Eee Santan
sumber: instagram

Euwww kalau betul… geli oi! 

Menerusi entri ini, netizen telah meluahkan rasa geli dan jijik dengan keadaan santan yang ditunjukkan Chef Wan. Malah ada di antaranya cuba meneka apakah benda asing yang berada di dalam kotak santan tersebut. Sekali pandang macam kulit ayam kan?

Rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
sumber: instagram

Dalam pada itu, ada juga yang mengesyorkan adalah lebih elok jikalau chef selebriti tersebut menggunakan santan yang asli daripada santan yang diproses di dalam kotak. Salah seorang pengikut Instagram chef tersebut juga ada menjelaskan mengapa terdapat benda seperti itu di dalam kotak santan berkenaan.

K2

K1
sumber: instagram

Terbaru, Chef Wan telah memaklumkan pengikut Instagram bahawa syarikat jenama santan tersebut telah menghubunginya dan memaklumkan hal yang sebenar.

Menurutnya, benda asing itu berkemungkinan ialah bahagian getah mesin yang terjatuh ke dalam santan. Yuck! Hal itu juga bakal disiasat oleh pihak jenama santan tersebut dengan lebih mendalam.

T
sumber: instagram

Semoga pengguna tegar santan kotak daripada mana-mana jenama berhati-hati dan sentiasa periksa isi dalam kotak sebelum menggunakannya. Jangan main terus tuang dalam masakan!

Baca: Sushi Mentai di Cheras Ditutup Selepas Pekerja Dirakam Meletakkan Salmon di Atas Tong Sampah

Sushi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.