in

“Jangan buat andaian, kita bukan di tempat mereka” – Ahli Keluarga Tragedi Kematian 5 Beranak Merayu Jangan Berspekulasi

Syaz Ft 2026 02 20T145625.518

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan sebuah tragedi memilukan yang membabitkan lima beranak. Di sebalik kesedihan yang melanda, nampaknya ada segelintir warga maya yang mula membuat spekulasi dan menyebarkan hantaran yang boleh mengganggu emosi keluarga mangsa.

Tampil menyuarakan isi hati, seorang individu yang mendakwa sebagai kakak kepada mangsa tragedi tersebut telah memuat naik satu kenyataan sayu. Menerusi hantaran itu, dia merayu kepada orang ramai, terutamanya warga Threads, supaya berhenti berkongsi kandungan yang boleh menjejaskan privasi dan membuka aib keluarga mereka.


Artikel berkaitan: “Beliau suruh doakan baby boy” – Individu Sebak Dapat Tahu Rupanya Mangsa Bun*h Pernah Balas Komen Di Threads

Artikel berkaitan: Warga Emas Jadi Suspek Utama Kematian Anjing Liar Telah Ditahan Polis

Menurutnya, tindakan segelintir pihak yang membuat andaian sendiri hanya akan menambah beban perasaan yang sedia ada, sedangkan hakikat sebenar di sebalik tragedi itu hanya diketahui oleh mereka yang terlibat.

 

View on Threads

 

“Jangan buat andaian sebab kita bukan di dalam kasut mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu kenapa tragedi ini berlaku,” luahnya.

Bukan mudah untuk berhadapan dengan ujian kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata. Selain memohon agar hantaran-hantaran yang tidak sensitif dipadamkan, dia juga memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah ahli keluarganya.

Dia juga mengharapkan doa daripada orang ramai agar dirinya terus diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian demi ujian yang mendatang ini sambil berserah sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.