in

“Jangan bertiktok dalam tu sudahlah” – Perak Luluskan Umur 18 Tahun Boleh Jadi Calon Dewan Negeri

Belia4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penglibatan anak muda dalam arena politik kian mendapat sambutan. Sebagai contoh Syed Saddiq yang diangkat menjadi Menteri Belia dan Sukan ketika umurnya baru 26 tahun, semasa bawah pentadbiran Pakatan Harapan.


Hari ini pula, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah meluluskan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2020 untuk menurunkan had umur layak menjadi calon ahli Dewan Negeri daripada 21 kepada 18 tahun.

 

Wah, 18 tahun boleh jadi calon! Siapa calonkan diri korang memang berani.

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pindaan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603] yang diwartakan pada 10 September 2019 dan berkuat kuasa pada 11 September 2019.

Belia1

“Susulan daripada pindaan Rang Undang-Undang tersebut ia akan memberi hak serta ruang kepada golongan belia berumur 18 tahun untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya dan seterusnya menjadi calon ahli Dewan Negeri Perak.

“Dengan itu, mereka berpeluang untuk bersuara di Dewan yang mulia ini serta berada bersama-sama kita di sini untuk membahaskan usul-usul serta undang-undang untuk kebaikan negeri ini,” katanya.

 

Umur 18 dah matang & ada hak

Tambahnya, belia berumur 18 tahun sudah dianggap matang. Selaras dengan Akta Umur Dewasa 1971 [Akta 21], mereka diberikan beberapa hak untuk membuat keputusan penting termasuklah berkahwin, peroleh lesen memandu dan dibicarakan sebagai pesalah dewasa sekiranya melakukan jenayah.

Penurunan had umur kelayakan ini akan membuka ruang kepada belia bergiat aktif dalam politik dan selanjutnya meningkatkan penyertaan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam menyumbang kepada demokrasi dan pembangunan negeri.”

Belia2

Ia juga untuk mengetengahkan suara anak muda dalam pembuatan dasar dan perundangan negeri; membantu belia mempertingkatkan literasi demokrasi dan kematangan melalui pendedahan kepada pengurusan tadbir urus negeri serta membangunkan pelan pewarisan kepimpinan.”

 

Keputusan mendapat sokongan

Menurut Sinar Harian, pindaan itu diluluskan selepas mendapat sokongan sebulat suara daripada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Di peringkat Persekutuan pula, usul pindaan had umur ini telah mendapat sokongan keseluruhan 211 ahli Parlimen yang hadir ketika dibentangkan di Parlimen pada 16 Julai 2019.

 

Ada netizen yang komen kaitkan belia dengan aplikasi tiktok, tapi min tengok Syed Saddiq gunakan Tiktok ok je? Apa pendapat korang?

 

Baca : “MP lain tak fikir pun nak buat mcm ni” – [VIDEO] Netizen Puji Syed Saddiq Hantar Laptop Sampai Depan Rumah Untuk Keluarga B40 Muar

Belia

Sumber: Bernama
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.