in

“Jangan babitkan orang miskin” – Kieda Kesal Orang Kaitkan Golongan B40 Tak Mampu ‘Support Vendor’

Kieda 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Kieda Crepe seringkali dikaitkan dengan pelbagai isu dan salah satunya adalah peraturan ‘support vendor’ di kedainya. Peraturan itu meminta pembeli untuk membeli produk peniaga lain terlebih dahulu kemudian barulah boleh membeli produk Kieda.


Disebabkan itu, seorang TikToker telah membuat satu video teguran tentang peraturan yang ditetapkan oleh Kieda. Dia mengaitkan golongan yang kurang mampu terpaksa berbelanja lebih sebelum dapat membeli produk manisan Kieda iaitu crepe.

“T20 banyak minta kurang”

Kieda melalui satu video di TikTok, meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan golongan B40 tidak mampu ‘support vendor’ sedangkan golongan itulah yang banyak membeli di kedainya.

JANGAN BABITKAN ORANG KURANG MAMPU/ORANG MISKIN DALAM KES SUPPORT VENDOR KIEDA. Sebab yang banyak support saya semua golongan B40. Manakala golongan T20 banyak minta kurang ja dekat saya.

Artikel berkaitan: “Mana semua orang?” – Sunyi Sepi, Kieda Crepe Pelik Orang Tak Datang Kedai ‘Support’ Vendor

Artikel berkaitan: “Ada yang tunggu 7 jam” – Pelanggan Mengamuk Tunggu Lama, Kieda Crepe Akhirnya Buka Mulut

Menurut Kieda, orang ramai juga tidak perlu merendah-rendahkan maruah orang yang kurang berkemampuan demi kepuasan diri masing-masing sehingga menyakitkan hatinya.

Jangan rendahkan MARUAH orang MISKIN semata-mata kepuasan hati kamu semua untuk sakitkan hati Kieda. Orang MISKIN cuma TAKDA DUIT. BUKAN TAKDA MARUAH. Ingat Kieda, Kieda support vendor. Rezeki orang dulu baru rezeki Kieda.

“Saya juga orang miskin”

Dalam kapsyen video tersebut juga, Kieda dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada umum yang mungkin kurang senang dengan caranya berniaga. Dia mengakui dirinya adalah orang miskin tetapi berusaha untuk menaikkan martabat dan maruah keluarganya.

Maafkan saya, saya juga orang miskin yang usaha senangkan diri dan naikkan martabat keluarga. Orang miskin takkan meminta. Sebab orang miskin macam kami, SEDAR DIRI setakat mana kami mampu.

Video itu telah mendapat lebih 15 ribu likes dan 128 shares namun Kieda telah menutup ruangan komen.

@kiedacrepepenang

Maafkan saya , saya juga orang miskin yang usaha senangkan diri dan naikkan martabat keluarga . Orang miskin takkan meminta. Sebab orang miskin mcm kami , SEDAR DIRI setakat mana kami mampu🙂 #kiedacrepe #kiedacrepehouse

♬ Masa Laluku – Kangen Band

Moga urusan Kieda sentiasa dipermudahkan..

Sumber; TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.