in

Jeni Haynes : Gunakan 2,500 Personaliti Untuk Bebaskan Diri Daripada Azab Dirogol & Diliwat Ayah Kandung Sejak Umur 4 Tahun

Jane

Diseksa dengan keganasan sejak berumur 4 tahun, kesengsaraan gadis yang dikenali sebagai Jeni Haynes ini berakhir selepas dia wujudkan 2,500 personaliti di dalam tubuh badannya selepas tak tahan dirogol ayah kandung sendiri selama 10 tahun.

Setiap personaliti yang ‘dilahirkan’ dalam dirinya lah yang membuatkan dia boleh overcome dengan penyeksaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh ayah durjana ini.

 

Personaliti lahir sejak dia sering diliwat dan dirogol sejak umur 4 tahun hingga 14 tahun

Kesemua 2,500 personaliti itu akan wujud ketika dia sedang diseksa oleh ayahnya. Menurut The Sun, Jeni selalu diseksa secara seksual di rumahnya sendiri di sebuah kawasan pinggir bandar di Sydney.

Ketika pihak polis menjalankan siasatan, polis mendapati setiap personalitinya wujud dari pelbagai aspek berikutan trauma yang dihadapi akibat setiap keganasan yang dia lalui.

 

Wujudkan personaliti satu tindakan bijak

Bagaimana Jeni boleh buat lakukan semua ni? Seorang psikiatri, Dr George Blair-West menjelaskan bahawa Jeni mengalami satu penyakit DID (Dissociative Identity Disorder) iaitu satu ‘penyakit’ psikologi disebabkan rasa trauma yang melampau wujud ketika zaman kanak-kanak. 

Dalam masa yang sama Dr George juga menegaskan bahawa ia sebenarnya satu tindakan bijak. Hah?

“Memori dia tak sama macam kita punya”

“Tak ada apa yang pelik dalam akal fikiran Jeni atau sesiapa pun yang menghidap DID”

“Cuma minda dia terlalu kompleks yang kita sendiri tak mampu nak capai macam dia”

“Perkara yang merangsang mindanya jadi seperti itu adalah disebabkan dia fikir tak ada jalan lain untuk ‘keluar’ “

“Bayangkan tak ada sesiapa yang boleh selamatkan anda, anda kena lakukannya sendiri dan anda jugalah kena cari jalan penyelesaian sendiri.”

Buktinya Jeni mampu memberikan maklumat secara terperinci dan spesifik ketika keganasan itu melanda pada dirinya apabila disoal polis.

Pendek kata Jeni, gunakan personaliti ini semua untuk memberi gambaran tepat ketika situasi terjadi.

Sewaktu dia didera, pasti akan wujud satu personaliti dan apabila disoal personaliti itu akan muncul untuk ceritakan setiap detik dia didera dengan lebih terperinci.

 

Usus & dubur rosak

0 Thp Chp 280519Slug 4493Jpg

Jeni terpaksa menjalani pembedahan di bahagian usus, tongkeng, dan dubur untuk dibaiki semula kena kerosakan fizikal yang dilakukan oleh ayahnya.

Pada tahun 2017 ayah nya Richard Haynes telah diekstradisi di United Kingdom dan disabitkan dengan beberapa kesalahan iaitu merogol, meliwat dan serangan seksual terhadap anaknya.

 

Gunakan salah satu identiti yang dikenali sebagai ‘Symphony’ untuk berikan bukti

0 Jeni Haynes

Bagaimanapun Haynes tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan, tapi selepas Jeni ‘muncul’kan diri sebagai salah satu personalitinya iaitu ‘Symphony’. Richard Haynes dijatuhkan bersalah.

Baca : Memperingati Enno Farehah: Remaja Yang Dirogol Kekasih & Kemaluannya Dijolok Dengan Cangkul Sedalam 60cm

Enno