in

Janda ‘Pelacur Otai’ Berdepan Hukuman Sebatan

Page 4 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni pernah dilaporkan seorang pelacur ‘otai’ akhirnya dicekup lepas kegiatan berikan khidmat seks berjaya dikesan pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).


Hari ni, Berita Harian melaporkan pelacur tersebut yang juga merupakan seorang janda mengaku salah terhadap pertuduhan persediaan untuk melacurkan diri di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

D1 1
sumber: sinar harian

Ekoran tu, wanita berusia 45 tahun berasal dari Johor itu bukan je berdepan dengan hukuman penjara malah dia juga boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali jika disabit kesalahan. 

Tertuduh yang promosikan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan melacurkan diri.

D3 2
sumber: berita harian

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang kini menetap di Klang, Selangor ditahan dalam serbuan di Duyong Marina & Resort di Kuala Terengganu bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya kira-kira jam 11 malam pada 19 September lalu.

D2 1
sumber: sinar harian

Hasil siasatan yang dilakukan, tertuduh mengaku menerima upah khidmat seks dengan mengenakan bayaran RM1,000 semalam sebelum lapan barangannya dirampas dan disita termasuk beberapa botol minyak, jel pelincir dan kondom yang masih tidak digunakan.

Sejurus pengakuan salah tertuduh direkodkan, Hakim Syarie menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukuman sementara membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin yang mana salah seorang penjamin perlu terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Bahayalah WeChat ni…

Baca: Kelantan Cadang Sebat Pesalah Syariah di Stadium, Masjid

Sebatan 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.