Baru-baru ini, tular sebuah foto yang memaparkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad sedang solat di dalam pejabatnya dan kelihatan memakai seutas jam berwarna emas.
Susulan itu, aktivis masyarakat, Siti Kasim memuat naik posting di Twitter memerli sinis menteri tersebut dengan mengatakan beliau memakai jam jenama Rolex yang mahal.
“Jam Buruj ni lama dah saya pakai”
Walau bagaimanapun, Idris menerusi satu posting di Facebook telah menjawab dakwaan Siti Kasim dengan mengatakan dia tidak memakai jam Rolex tetapi jam jenama Buruj yang memudahkannya untuk melihat waktu solat dan arah kiblat.
Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.
“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya.
https://www.facebook.com/ustazidrisahmad/posts/4632385650105378
Jam berkenaan kemudian tiba-tiba mendapat perhatian netizen sehingga ada yang mula mencarinya dan memuji harga jam tersebut juga agak berpatutan iaitu tidak mencapai RM1,000.
Siapa yang tengah cari jam Buruj tu cepat-cepat lah beli sebab dengarnya banyak dah sold out.