in

Polis Siasat Kejadian Jalan Sesak Akibat Pemandu Lori Bersila Atas Lebuh Raya

Bersila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang lelaki dipercayai pemandu lori treler yang duduk bersila di atas jalan raya telah menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila menghalang laluan pengguna jalan raya lain.

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.


Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kilometer 290 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kajang. Malah, rakaman video insiden berkenaan turut tular di media sosial.

Difahamkan, pemandu treler terbabit telah memarkir kenderaannya di lorong kecemasan sebelum duduk bersila di lorong pertama lebuh raya berkenaan.

7 4

Artikel berkaitan: Bumbung Sebuah Stesen Minyak Runtuh Akibat Dilanggar Treler

Artikel berkaitan: Tular Video Alphard L*nggar Penunggang Motosikal & Terbabas Dalam Longkang, Polis Dedah Punca Kejadian

Difahamkan juga, individu berkenaan bertindak sedemikian tanpa tujuan.

Ia bukan sahaja telah menyebabkan kesesakan di lebuh raya berkenaan malah ia juga boleh mendatangkan kecederaan kepada lelaki itu dan pengguna jalan raya lain.

Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian ini telah terjadi sekitar waktu tengah hari pada 22 Januari lalu, lapor Malaysia Gazette.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.