in

“Jalan blocked, ada lori kemalangan” -Respek! Polis Bantu Pelajar Pergi Tempat Peperiksaan Naik Motor

Bb 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam setiap kesusahan pasti akan ada pihak yang membantu. Tapi siapa sangka anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri yang sanggup menghulurkan pertolongan.


Itulah kejadian yang berlaku di Persiaran Utara, Putrajaya sekitar jam 8.30 pagi ini apabila anggota polis trafik membantu seorang pelajar pergi ke tempat peperiksaan dengan menaiki motor. Terbaik!

Kisah menarik ini telah dikongsikan oleh Aiman Azfar di Twitter.

 

Laluan terhalang disebabkan kemalangan lori tanah

Dikatakan dia dalam perjalanan untuk menghantar sepupunya ke tempat peperiksaan dan peperiksaan tersebut akan bermula pada jam 9 pagi.

Namun, berlaku kemalangan yang melibatkan lori dengan muatan tanah sehingga laluan terhalang sehingga dia yang menaiki kereta tidak dapat meneruskan perjalanan.

B 8 B1 8

 

Tidak lama kemudian, anggota polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya telah datang untuk membantu membawa sepupunya untuk ke tempat peperiksaan dengan menaiki motor.

B2 3

Dalam posting yang sama, Aiman turut menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan walaupun dimaklumkan bahawa anggota polis tersebut telah habis waktu bekerja.

 

Walaupun pihak polis perlu menjalankan tugas dan amanah, namun mereka tetap bermurah hati untuk membantu masyarakat dalam kesusahan. Respect!

Baca: “Ikhlas nak bantu” – Netizen Puji Sikap Murni Ustaz Ebit Lew Bantu Penjara di Kedah

B5 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.