in

“Jaket keselamatan pun tiada” – Ramai Bimbang Lihat Pelajar Berasak Dalam Bot Kecil Ke Sekolah

Budak Berasak Duduk Dalam Bot Kecil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru saja beberapa hari lalu, tular sebuah foto yang memaparkan kepayahan beberapa orang pelajar di Kampung Nelayan, Sandakan, Sabah yang terpaksa menyeberangi sebuah jambatan usang demi ke sekolah.


Hari ini, viral pula foto yang menunjukkan sekumpulan pelajar terpaksa berasak dalam sebuah bot kecil di Kampung Pituru, Sabah demi menuju ke sekolah.

270149589 222352060088915 5144449647626091555 N

Menerusi perkongsian Facebook Borneo Voice, murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mangkapon, Pitas ini sudah lebih setahun terpaksa menghadapi masalah ini dan ramai yang bimbang akan keselamatan pelajar berkenaan.

Penduduk di situ juga katanya memohon bantuan tak kiralah badan kerajaan mahupun NGO untuk menyumbangkan bot yang lebih besar bersama dengan jaket keselamatan buat pelajar-pelajar ini.

Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru bertindak,” tulis posting berkenaan.

MURID MURID KG.PITURU DAN TIMBANG TAUN DALAM 1BOT MENUJU KE SEKOLAH SK.MANGKAPON.PITAS N2.BENGKOKA.PITASKepada pihak…

Posted by Borneo Voice on Thursday, January 13, 2022

 

“Safety jacket dulu kena sediakan cepat, bahaya ni” 

Posting berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang turut sama bimbang dengan keadaan pelajar terbabit.

Ramai juga berharap bantuan bot dan jaket keselamatan dapat disalurkan secepat yang mungkin kerana bimbang berlaku kejadian tak diingini.

Bantuan Bot Komen

Harap pihak yang berwajib dapatlah turun padang dan salurkan bantuan bot yang diperlukan buat pelajar-pelajar berkenaan. 

Baca: “Dah 2022 pun macam ni” – Pelajar Di Sabah Redah Jambatan Usang Untuk Ke Sekolah

Jambatan

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.