Patuhi SOP dan menjaga penjarakan fizikal adalah sesuatu yang patut kita lakukan bila berada di tempat awam. Selalu kita nampak dekat media sosial ramai yang masih tidak pedulikan SOP yang dah ditetapkan kerajaan.
Beberapa gambar dimuat naik di Twitter menunjukkan ramai pengunjung melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan dilihat memenuhi ruangan menunggu Terminal Feri Kuala Perlis.
Menurut Harian Metro, terminal itu dilihat sesak selepas beberapa jadual perjalanan feri untuk ke Pulau Langkawi ditunda selama beberapa jam akibat air surut.
Ramai pengunjung yang tiba di terminal untuk menaiki feri mengikut jadual masing-masing kini terkandas dan ada yang terpaksa berkumpul di luar terminal kerana ruangan menunggu telah mencapai kapasiti maksimum jumlah pengunjung.
Difahamkan, terminal itu mula dibanjiri pengunjung bermula 9.45 pagi tadi dan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya telah menghantar 12 anggota keselamatan untuk kawal keadaan di sana.
“Keadaan mula sesak antara 9.45 pagi hingga 10.45 pagi memandangkan perjalanan feri di sebelah pagi dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi tertunda atas faktor air cetek.”
“Atas sebab itu pengunjung mula memenuhi terminal disamping kapasiti kerusi di ruangan menunggu adalah terhad sehingga ramai beratur di luar.”
Namun, menjelang tengah hari apabila air mula pasang dan beberapa feri sudah mulakan perjalanan, keadaan menjadi semakin terkawal pada jam 2.30 petang.
“Sehingga 2.30 petang tadi keadaan sudah mula terkawal dengan anggota keselamatan bertindak memainkan peranan agar pengunjung kekal mematuhi SOP.”
Baca: “Mana SOP??” – Tiada Social Distancing, Netizen Bimbang Penyokong di Mahkamah Kena ‘Kluster Najib’