Umum mengetahui, kerajaan telah membuka Pulau Langkawi kepada pelancong tempatan bermula 16 September lalu sebagai projek rintis pembukaan sektor pelancongan negara.
Baru-baru ini, tular sebuah video TikTok di media sosial yang memperlihatkan keadaan semasa di perairan Pulau Langkawi. Difahamkan, video itu dirakam oleh pelancong tempatan ketika sedang berkayak di perairan Pulau Langkawi.
Sedih mat , tengok dekat langkawi . Harap Yb ² Menteri atasan dapat Solve The Problem . Sebelum Hilang Keindahan Pulau Lagenda .
✅ Mohon Share .#Langkawi #pulaulangkawi pic.twitter.com/oNzj9fOrFt
— Bae Min Takaful Consultant (@amin_hafisz) September 18, 2021
Video berdurasi selama 38 saat ini menunjukkan perairan Pulau Langkawi yang dipenuhi sampah. Antara sampah yang jelas kelihatan adalah botol dan sampah yang berasaskan plastik.
Difahamkan, rakaman itu diambil berdekatan dengan penempatan Bukit Malut dan dua buah hotel ternama di pusat peranginan itu.
— Bae Min Takaful Consultant (@amin_hafisz) September 18, 2021
Melihat di ruangan komen dan maklum balas warganet, rata-rata mengecam keras pencemaran ini dan mendakwa ia dilakukan oleh pelancong yang hadir di Pulau Langkawi sejak beberapa hari lalu.
Namun, ada juga yang mendakwa pencemaran sampah ini disebabkan oleh pendatang dari Myanmar yang menduduki di sekitar Bukit Malut.
Dapat perhatian Tun Dr. Mahathir
Video yang tular ini turut mendapat perhatian Tun Dr. Mahathir. Menerusi laman Twitter, Tun berkata beliau sudah menghubungi pihak berwajib untuk menangani isu ini dengan kadar segera.
Terima kasih Encik @amin_hafiszat. Saya sudah hubungi pihak majlis untuk tangani isu ini segera. Langkawi pulau pelancongan. Saya rayu semua agar lebih tanggungjawab. jangan buang sampah merata. Sama-samalah kita jaga Langkawi, permata Kedah. https://t.co/hwPqRhZKBP
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 19, 2021
Beliau turut menyeru orang ramai agar lebih bertanggungjawab dan menjaga Pulau Langkawi dengan tidak membuang sampah merata-rata.
BACA: Selepas Langkawi, Pulau Pangkor Pula Dijangka Buka 1 Nov Bagi Yang Terima Vaksin Lengkap