in

Jadi Dalang Fitnah Pembangkang Zaman Najib

Najib 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu-dulu orang berkempen hanya dengan ceramah-ceramah politik sahaja ketika pilihan raya. Bila masuk tahun 2008, pihak pembangkang ketika itu berjaya masuk ke media yang dikawal kerajaan seterusnya menyampaikan mesej mereka secara terus kepada bakal pengundi.


Kesannya, kerajaan ketika itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Since then, ramai semakin sedar akan kuasa internet untuk mempengaruhi pandangan rakyat. Dalam situasi inilah seorang wanita rasa terpanggil untuk menggunakan peluang yang ada, lapor Wired.

 

Bina rangkaian disertai 80 cybertroopers

Pada 2008, wanita dikenali sebagai Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga hanyalah seorang blogger biasa tetapi ibu dan suaminya ada terlibat dengan politik. So dia secara peribadi terlibat dengan strategi dalam talian dan ada ajar cara-cara nak buat infographics.

Bila BN mula nak bersiap sedia untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, waktu ni lah Ema dipanggil untuk sertai mereka. Fast forward tahun 2013, Ema waktu ni dah berjaya bina rangkaian disertai 80 cybertroopers.

Malaysia
sumber: wired

 

Cybertroopers menyerang dan mencipta fitnah

Bagi yang tidak tahu, cybertroopers menurut Roketkini merupakan mereka yang bertugas menyerang dan mencipta fitnah untuk memburukkan pembangkang atau sesiapa sahaja yang memperjuangkan keadilan, kebebasan, demokrasi, hak asasi, peluang saksama dan Islam yang progresif.

Cybertroopers dalam rangkaian Ema mencipta beribu akaun media sosial palsu untuk memburukkan pembangkang kerajaan.

 

Sengaja buat kenyataan rasis untuk buat rakyat marah

Satu dekad berlalu, Ema masih bekerja untuk memburukkan parti politik yang melawan Barisan Nasional. Caranya hanya dengan menyamar menjadi penyokong parti politik lawan yang sengaja mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur perkauman.

Kenyataan rasis dibuat dengan niat sengaja untuk menaikkan kemarahan kepada parti pembangkang ketika itu.

“Kami akan ambil nama dan gambar dari (akaun media sosial) Indonesia atau Filipina dan buat akaun palsu, berlakon macam kami ni penyokong pembangkang. Lepas tu kami buat kenyataan berunsur perkauman, print dan sebarkan ke semua tempat,” kata Ema.

Gettyimages 937983820
sumber: wired

 

“Saya beri dia skrip, suruh undi BN”

Kadang-kadang bukan hanya parti politik yang jadi sasaran, tapi juga individu politik tertentu. Pada 2014, Ema menunjukkan pemalsuan kenyataan yang dikeluarkan Theresa Kok, seorang ahli parlimen mewakili parti pembangkang ketika itu.

Pada tahun yang sama, Ema juga menyebarkan satu video penipuan di Whatsapp 24 jam sebelum tempat pengundian pilihan raya kecil Teluk Intan dibuka. Video tersebut menunjukkan pergaduhan di tepi jalan tentang seorang lelaki India yang berang kerana seorang aktivis DAP menghina ibu dan agamanya.

“Saya beri dia skrip dan suruh dia cakap ‘kalau sayangkan agama, kena undi BN dan pastikan DAP kalah’.”

 

Kerajaan (waktu itu) galak fitnah pembangkang

Hasilnya, DAP kehilangan kerusi dengan 500 undi pada waktu tu. Menurut Ema, semua yang dibuat mendapat persetujuan tersirat kerajaan yang memerintah ketika itu. Ema mendakwa dia juga pernah berjumpa dengan unit media jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan (pada waktu itu) tidak berselindung tentang galakan mereka untuk menggunakan rangkaian cybertroopers untuk memfitnah pembangkang. Ema juga mendakwa bahawa dia tidak pernah dibayar dan hanya melakukannya atas komitmen kepada parti.

41525510076 Najibtunrazak
sumber: astro awani

Mak ai sampai ada rangkaian besar-besaran hanya untuk memfitnah parti politik yang bertentangan ideologi dengan dorang….

Baca: Najib Letak Jawatan Presiden UMNO

Sdsf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.