in

“Itu ujian dia” – Nama Terpalit Sebab Isu Aliff Aziz, Oktovia Manrose Tak Mahu Ingat Semula

Untitled Design 2024 04 08T165020.000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di media sosial, nama Aliff Aziz dan Bella Astillah masih lagi disebut-sebut susulan kontroversi yang melanda pasangan selebriti itu.


Namun, tiada angin tiada ribut, nama pelakon Oktovia Manrose juga dipetik gara-gara dia sebelum ini juga pernah dilanda kontroversi dengan pelantun lagu ‘Jangan Ganggu Pacarku’ itu.

Artikel berkaitan: “Masih sayang…” –  Aliff Aziz Tidak Setuju Cerai Bella Astillah?

Artikel berkaitan: “Salah tetap salah” –  Caprice Ulas Isu Bella Astillah ‘Curang’ Dengan Pelakon Muda Untuk Buat Suami Cemburu

Pun begitu, Oktovia atau nama panjangnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman tidak melatah dengan perkara itu dan menganggap ianya satu bentuk ujian buat Aliff Aziz, dia juga berkata kontroversi itu sesuatu yang sudah lama dilupakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Tak tahulah nak cakap, dia (Aliff Aziz) asyik dapat ujian yang sama. Nak komen banyak-bayak tak tahulah macam mana sebab benda ni dah pernah jadi kat kita kan.

Taknak fikir dah perkara lepas, kita pun dah cuba untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi temu ramah dengan HLive dia juga berkata dia mendoakan agar suami kepada Bella Astillah itu mendapat hidayah daripada Allah.

Sebagai info, Oktovia sebelum ini dikaitkan dengan penyanyi dari Singapura itu pada tahun 2019 dan pada ketika itu terdapat ‘perang dingin’ antara dia dan Bella.

Sumber: Hlive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.