Segelintir orang tidak menitik beratkan sangat tentang jumlah hantaran kerana mereka lebih mementingkan ikatan sah dan kehidupan baru selepas melangkah ke bahtera perkahwinan. Namun begitu ada yang terlalu mementingkan kewangan dengan menetapkan harga tinggi untuk hantaran.
Masing-masing ada pandangan tersendiri, tak bermakna kalau berlainan pandangan kena condemn, macam wanita dari TikTok ini, dia sampai dikutuk dan dihina gara-gara tidak menegnakan hantaran semasa berkahwin dahulu.
Artikel berkaitan : Kakitangan Kerajaan Terkedu Bakal Mentua Naikkan Harga Hantaran Lepas PM Umum Kenaikan Gaji
Artikel berkaitan : “Hadiah daripada Adi” – Bapa Adi Putra Perjelas Kenapa Beri Hantaran RM9,999.99
Kisahnya apabila wanita ini bertemu dengan seorang makcik di surau, ketika mereka asyik bersyembang timbul lah satu isu mengenai hantaran, mak cik tersebut dikatakan ada bertanya kepadanya berkenaan dengan nilai hantaran di Terengganu.
Wanita ini menjelaskan bahawa dia tidak tahu kerana semasa dia berkahwin, dia tidak meletakkan sebarang hantaran kerana tidak mahu membebankan pihak lelaki, namun begitu makcik tersebut bagi respon dengan kata-kata biadap yang telah mengguris hati wanita ini.
@teacher_ninja salah ke kalau family saya tak tetapkan hantaran. mak ayah saya selalu pesan jangan membebankan pihak lelaki. bagi semampunya saja.
Wanita ini menzahirkan rasa sedih kerana hinaan yang diberikan kepada ibunya hanya disebabkan tidak mengenakan jumlah hantaran. Perkongsian ini telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyebelahi wanita ini dan rata-ratanya mengamalkan konsep yang sama seperti wanita ini.
Haih, kalau ya pun tak perlu nak condemn orang sampai macam tu, nak cakap dalam bentuk gurau sekalipun, memang tak patut.
Sumber : TikTok