in

“Itu di luar kawalan saya” – Ramai Peminat Lelaki Berpakaian Wanita, Aina Abdul Buka Mulut

Peminat Aina Abdul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tak kenal dengan penyanyi ternama tempatan, Aina Abdul. Namanya meningkat naik selepas lagu-lagunya seperti Sepi, Sumpah dan Semalam mendominasi ruangan udara serta memenangi pelbagai anugerah.

Terbaru, penyanyi berusia 30 tahun itu mengadakan konsert solonya buat kali ketiga di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 November lalu.


Artikel berkaitan: “Aina Abdul is shaking” –  Baju Kemeja ‘Giant’ Azfarheri Buat Netizen Terkedu

Artikel berkaitan: Diinspirasikan Dari Embun Pagi, Netizen Terkesima Tengok Baju Aina Abdul Keluar Asap Masa Perform Konsert

Meskipun, konsert itu berjalan dengan lancar namun satu perkara menarik perhatian ramai iaitu terdapat ramai penonton lelaki yang menghadiri konsert tersebut berpakaian agak melampaui batas dan seakan-akan wanita.

Menurut sebuah portal hiburan, Aina bagaimanapun seakan risau untuk menjawab persoalan mengenai peminat-peminatnya itu dan menyatakan itu luar dari bidang kuasanya.

@xtra_my

Yang penting Aina sayangg semua fans dia ❤️ #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #ainaabdul

♬ original sound – XTRA – XTRA

“Apa yang saya boleh katakan ialah saya tidak mempromosikan mesej sedemikian (LGBT) malah tak pernah keluar kenyataan dari mulut saya mengatakan saya sokong golongan itu. 

Itu hak mereka untuk berpakaian sebegitu, ada yang biasa, ada yang extravaganza. Itu tanda mereka sokong saya, saya tak rasa mereka nak bagi negative vibes…,” katanya.

Penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu itu menegaskan penampilan peminatnya itu tidak mengancam mana-mana pihak dan dia sendiri tidak akan masuk campur kerana ia adalah pilihan serta identiti masing-masing.

Pape pun kita support lagu-lagu Aina ok? 

Sumber: XTra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.