in

Isu Wanita Pilih Lelaki Gaji RM9K, Individu Tegur Orang Ramai Tak Perlu ‘Triggered’ Sebab…

9K 6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu perkara yang penting bagi setiap pasangan sebelum mendirikan rumah tangga adalah berbincang mengenai pendapatan bulanan masing-masing.


Beberapa hari lepas, tular satu video oleh @raffirsimple yang telah berjumpa dengan beberapa orang wanita dan bertanya mengenai gaji bakal pasangan mereka.

Kena kecam demand gaji lelaki RM9K

Bagaimanapun, salah seorang wanita berpendapat minimum gaji bulanan seorang lelaki perlulah sebanyak RM9,000 jika mahu berkahwin dengannya.

Artikel berkaitan: “Takut rasa benci tu datang” – Wanita Kesal Bapa Bandingkan Gaji Suami Depan Saudara Ketika Beraya

Artikel berkaitan: “Honda terus option dia!” – Netizen ‘Garu Kepala’ Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Kereta Mahal

Kalau lelaki nak kahwin dengan awak, dia kena gaji berapa? RM900 cukup tak? – raffirsimple

Tak tahulah, hmm RM9,000 lebih kot.”

Namun, ramai netizen di ruangan komen telah memberi kecaman terhadap wanita itu kerana jawapannya yang mungkin tidak masuk akal.

9K 1

@raffisimple

RM9000 kerja apa ? 🥶 #socialexperiment #fypシ

♬ original sound – RAFFI KE TU – RAFFI KE TU

Individu tegur lelaki tak perlu triggered

Pun begitu, seorang individu di TikTok telah menegur segelintir lelaki yang tidak bersetuju dengan gaji yang diminta oleh wanita berkenaan. Baginya, masih ada wanita yang boleh menerima lelaki walaupun pendapatan bulanannya tidak begitu banyak.

Aku tengok ramai geng lelaki triggered.. sebab bagi aku tak salah pun dia nak minta lelaki gaji RM9K. Kalau kita yang bukan gaji RM9K, ada je perempuan yang boleh terima hang kerja tak tetap, gaji tak banyak.

Kita tak boleh expect jawapan semua orang sama dengan apa yang kita nak. Tak payah nak triggered, ada perempuan terima hang.

Kata @solehang lagi, perkara ini tidak perlu dijadikan isu kerana pendapat wanita itu ada betulnya.

Dia nak gaji RM9K mungkin lifestyle dia mahal, dia rasa kalau kahwin dengan lelaki yang kurang kemampuan, dia tak bahagia.

@solehang

Xtaula #fyp #solehan

♬ original sound – solehang – solehang

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu berkenaan kerana kos sara hidup zaman sekarang semakin meningkat.

9K 3

9K 2

Min setuju pendapat brader ni..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.