in

“Honda terus option dia” – Netizen ‘Garu Kepala’ Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Kereta Mahal

Kereta 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, ada sesetengah orang memasang niat mahu memiliki kereta idaman setelah mendapat pekerjaan. Pun begitu, segelintir daripada mereka juga mengambil jalan pintas membeli kereta mahal yang tidak setanding dengan gaji yang diterima.


Satu hantaran tangkap layar di X memaparkan seorang guru muda telah meminta pendapat orang ramai mengenai kereta yang sesuai dengan gaji bulanannya. Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di platform tersebut.

Guru gaji RM3,100, duduk rumah keluarga

Guru lepasan Institut Perguruan (IPG) itu memberitahu dirinya sudah bekerja pada usia 23 tahun dan menerima gaji bulanan sebanyak RM3,100 termasuk elaun dan lain-lain. Kini, dia tinggal di rumah keluarganya kerana jarak rumah tersebut dengan sekolah hanyalah 23 kilometer.

Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Guna IC Palsu & Kerja Sebagai Guru Di Sabah Sejak 29 Tahun Lalu

Artikel berkaitan: Anak Didakwa Kantoi Mer*kok, Bapa Serang Guru Di Sekolah

Dia terfikir mahu membeli kereta yang tidak menggunakan minyak yang banyak kerana ia akan dibawa pada setiap hari. Dalam masa yang sama, dia juga mahu kereta tersebut selesa untuk dibawa dan kabin kereta itu tidak bising.

Saya terfikir nak beli kereta yang saya boleh guna setiap hari. Jadi, saya nak kereta yang jimat minyak tapi nak selesa dan kabin kereta tak bunyi bising.

Bagaimanapun, dia telah membuat perbandingan harga kereta baharu dan terpakai dan meminta pendapat orang ramai tentang pilihannya. Dia juga sudah mempunyai simpanan sebanyak RM6,200 untuk deposit pembelian kereta dan tidak mahu bayaran bulanan melebihi RM1,100.

  1. 2018 Honda Civic TC 1.5 (terpakai) (RM94 ribu: RM1,100-RM100 bulanan)
  2. 2023 Toyota Vios J Variant (baharu) (RM90 ribu: RM900 bulanan)
  3. 2023 Proton Saga 1.3 Premium S AT (baharu) (RM45 ribu: RM650 bulanan)
  4. Nissan Almera (baharu)

Dia juga memberitahu dirinya bukanlah daripada keluarga yang senang jadi dia tidak pernah menaiki kereta mahal seperti jenama Honda dan Mazda.

Netizen bingung dengan pilihan guru ni..

Di ruangan balas dalam hantaran tersebut, ramai netizen meminta untuk guru muda tersebut mempertimbangkan semula impiannya untuk memiliki kereta mahal dengan gaji RM3,100 sebulan.

Kereta 1

Guru tersebut juga dinasihatkan untuk mengambil kira tentang kos servis kereta, insurans, cukai jalan dan lain-lain sebelum mahu membeli kereta idaman.

Kereta 2

Kereta 3

Ada juga netizen yang menceritakan pengalaman memiliki kereta dengan bayaran RM900 sebulan dan akhirnya menjual kereta tersebut kerana mempunyai tanggungan yang lain.

Kereta 4

Banyak juga tu kalau RM1,100 sebulan…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.