in

Isu PM Ke-8 Cetus Perang Di Media Sosial, #NotMyPM & #DaulatTuanku Trending Di Twitter

Untitled Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selesai satu bab dalam kemelut politik yang melanda tanah air sejak seminggu lalu, apabila kemuncaknya — Tan Sri Muhyiddin Yassin sah dan rasmi menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.


Namun perbalahan masih lagi berterusan dalam kalangan pengguna media sosial, apabila ada yang menggunakan platform itu untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap jalan penamat kepada kekalutan yang berlaku.

Di Twitter misalnya, #NotMyPM dan #NotMyGovernment antara isu yang trending dan sedang hangat diperkatakan.

Capture

Rata-rata yang menggunakan hashtag ini tidak bersetuju dengan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Mereka bimbang, budaya cash is king seperti yang sinonim sewaktu pemerintahan sebuah parti politik sebelum mereka tumbang suatu ketika dahulu akan kembali berleluasa — kerana coalition kali ini turut melibatkan parti tersebut.

Malah antara kegusaran lain yang disuarakan netizen termasuklah sekiranya kerjasama dengan parti politik tersebut akan membuka peluang untuk pemimpin yang terpalit skandal rasuah dibebaskan begitu sahaja.

1

2

3

Namun, pada masa sama — turut trending sama di Twitter adalah #DaulatTuanku, sebagai tanda sokongan terhadap kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat pertimbangan dalam memutuskan apa yang terbaik untuk negara tercinta.

Daulat

Perang netizen di media sosial yang turut tercetus apabila mereka yang menggunakan #NotMyPM dianggap sebagai tidak menghormati keputusan Baginda Yang Dipertuan Agong.

5

6

7

Apa pun, perkara ini akan terus menjadi bualan rakyat Malaysia kerana perjalanan masih lagi panjang — dan beberapa hari akan datang nyata mendebarkan kita semua, kerana kita ingin melihat bagaimana sebuah kerajaan baharu yang dibentuk atas nama Perikatan Nasional ini dapat mencorak masa depan negara.

Nota: Artikel di atas tidak mewakili pendapat peribadi penulis dan hanya dibuat berdasarkan pemerhatian di media sosial semata-mata.

 

Baca: [TERKINI] Tan Sri Muhyiddin Yassin Selesai Angkat Sumpah Di Istana Negara, Rasmi PM Ke-8

Untitled Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.