in

Isu Pelakon Dil*wat: Firdaus Ghufran Akui Pernah Alami Situasi Hampir Sama

syaz ft 2026 01 14T125615.442

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu seorang pelakon yang mendakwa pernah menjadi mangsa liwat oleh pengarah ketika zaman kanak-kanak terus mencuri perhatian apabila aktor Firdaus Ghufran tampil mengakui dirinya juga pernah berdepan situasi hampir sama.

Firdaus atau nama penuhnya Muhammad Firdaus Ghani Ghufran, 24, bagaimanapun bersyukur apabila berjaya mengelak cubaan tersebut dan tidak mengalami sebarang kejadian tidak diingini.


Artikel berkaitan: “Aku rasa ramai pelakon kanak-kanak terkena” – Pelakon ‘Diari Ramadhan Rafique’ Luah Pernah Dil*wat Keluarga Sendiri Semasa Kecil

Artikel berkaitan: “Kau bin*tang!” – Ibu Bayi Yang Dil*wat Luah Rasa Kesal Dengan Perbuatan Suami Pengasuh

Namun begitu, pelakon berkenaan memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terlibat, sebaliknya menegaskan bahawa perkara sedemikian sememangnya wujud dalam industri hiburan.

“Dalam kalangan orang lain, perkara itu memang pernah berlaku. Saya sendiri hampir mengalaminya, tetapi tidak sampai terkena apa-apa. Mungkin individu tersebut menghormati saya.

Benda ini ada. Semua itu memang wujud. Berlaku. Cuma bukan kepada saya. Hampir terjadi, tetapi saya dapat elak. Saya sempat menepis,” katanya.

Gufran e1768356732855

Sebagai pelakon yang memulakan kerjaya sejak kecil, bintang drama Sekam Di Dada itu menegaskan bahawa pemantauan rapi daripada keluarga menjadi benteng utama yang melindunginya daripada perkara tidak bermoral.

“Keluarga saya sentiasa memantau hal-hal melibatkan unsur seksual kerana kami tahu isu ini sangat serius apabila membabitkan kanak-kanak. Itu sudah masuk kategori pedofilia.

Sebab itu saya ingin pesan kepada ibu bapa yang membawa anak ke dunia lakonan, jaga anak kamu betul-betul. Tolong jaga anak-anak kamu.

Ada orang sanggup buat perkara sangat kotor pada satu-satu masa tanpa memikirkan kesan masa depan. Tapi saya percaya, karma itu wujud. Karma sangat nyata,” ujarnya.

Menurut Firdaus, pelakon kanak-kanak dan bakat baharu sering menjadi sasaran kerana masih polos serta tidak memahami selok-belok industri hiburan.

“Budak-budak baharu masuk industri, mereka tidak tahu apa-apa. Mereka masih kosong. Kenapa sanggup buat perkara sebegitu kepada mereka? Kasihan.

Mereka ada kehidupan, ada ibu bapa, ada keluarga. Perbuatan tidak waras seperti itu memang tidak wajar langsung,” luahnya.

Tambahnya, isu kesetiaan atau loyalty dalam industri juga boleh membuka ruang kepada salah guna kuasa apabila seseorang diikat secara melampau oleh pihak tertentu.

“Semua orang nak cari makan. Apabila kesetiaan terikat kepada satu pihak, di situlah masalah bermula.

Ada orang bebas datang dan pergi, tetapi ada juga yang tersepit dan tidak mampu berbuat apa-apa,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pelakon mengejutkan industri hiburan apabila tampil membuat pendedahan mendakwa pernah diliwat oleh seorang pengarah ketika masih kanak-kanak, ketika aktif berlakon demi membantu menyara keluarga.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.