Kadang-kadang, bebanan hidup yang terlampau boleh buat seseorang buat sesuatu di luar jangkaan. Bahaya tau kalau terlampau stress ni, takut kita terbuat benda yang bukan-bukan.
Ada satu kisah yang dikongsikan oleh CNN Indonesia tentang seorang wanita yang sanggup bunuh dua orang anak kandungnya yang berumur dua dan empat tahun sebelum dia pula yang menggantung dirinya di dalam bilik pada 7 April yang lalu. Paling sedih, bila suami dia yang jumpa mayat mereka di dalam bilik tersebut selepas baru pulang dari kerja.
Tak dapat nak bayangkan perasaan suami dia, mesti sedih gila weh!
Menurut CNN Indonesia, wanita yang dikenali sebagai Dina Rosdiana yang berumur 31 tahun itu telah membunuh anaknya dengan cara menekup mulut mereka sehingga lemas dan tidak boleh bernafas. Kemudian, wanita itu juga mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri di dalam bilik.
Suami terkejut
Pada hari kejadian, suami kepada wanita itu ada kerja di luar. Selesai kerja, lelaki itu terus pulang ke rumah dan rasa pelik sebab dia cuba panggil isterinya dari luar rumah untuk buka pintu yang terkunci itu tapi tak berjawab. Lelaki itu rasa tak sedap hati dan terus pecahkan pintu tersebut.
Memang terkejut gila lelaki itu bila terjumpa mayat isteri dan anaknya di dalam bilik dan terus cepat-cepat melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Hasil pemeriksaan sungguh mengejutkan apabila pihak polis menjumpai satu nota yang sempat ditulis oleh isteri tersebut sebelum membunuh dirinya.
Catatan terakhir
Dalam catatan tersebut, Dina beritahu yang dia sudah tak mampu untuk menanggung bebanan hutangnya yang terlampau banyak itu. Dina dan suaminya juga ada bergaduh beberapa hari sebelumnya bila suami dia dapat tahu mengenai hutang tersebut.
Ada juga yang mendakwa salah satu punca Dina bertindak untuk bunuh diri adalah disebabkan masalah rumah tangga yang dihadapinya.
Pihak polis masih lagi buat siasatan dan sedang menunggu keputusan hasil bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian dua orang kanak-kanak yang terbabit dalam kejadian ini.
Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Kalau korang ada masalah, jangan pendam sorang-sorang tau. Try untuk luahkan dekat orang yang korang percaya.
Sumber: CNN Indonesia
Baca: ‘Owner’ Tutup Bisnes Diusahakan Sejak 4 Tahun Lepas, Trauma Ada Pekerja Bunuh Diri Tahun Lalu Sebab…