in

Isteri Sarat Hamil Menangis Suami Kena Penjara 69 Tahun & 20 Sebatan Sebab Rogol Anak Angkat

Untitled Design 64

Seorang pekerja kontrak mengaku bersalah merogol dan mencabul anak angkatnya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Muar, Abu Bakar Manat menjatuhi hukuman penjara 69 tahun dan 20 sebatan selepas pekerja kontrak itu mengaku bersalah.

“Masa kamu (tertuduh) buat (rogol dan cabul), tak fikir ke isteri, anak-anak? Isteri kamu tengah sarat tapi kamu cari (melakukan) hubungan terlarang termasuk dengan emak mangsa,” kata hakim.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh berusia 33 tahun berhadapan lima pertuduhan dengan empat daripadanya membabitkan kes rogol manakala satu amang seksual fizikal.

Apa yang menyedihkan, difahamkan ketika prosiding menjatuhi hukuman, isteri tertuduh yang sedang menunggu hari bersalin serta adik perempuannya kelihatan menitiskan air mata.

Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim berkata, mahkamah hanya mempertimbangkan pengakuan salah tertuduh dan faktor lain lebih kepada pemberatan hukuman berdasarkan kesalahan dilakukan tertuduh.

Difahamkan, mengikut pertuduhan pertama hingga kedua, tertuduh didakwa merogol dan mencabul mangsa dalam kereta di sebuah kebun sawit di Tangkak dengan kedua-dua kejadian itu berlaku antara 8.40 hingga 9 malam, pada 15 Januari 2024.

Cats 3

Bagi kesalahan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan serta Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 14 akta sama bagi setiap pertuduhan.

Manakala pertuduhan ketiga hingga kelima pula, dia didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun ketika itu di tiga rumah berlainan di Muar sejak 2021 sehingga 2022.

Ketiga-tiga pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) AKKSTKK 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Manakala Seksyen 16 (1) pula, tertuduh boleh dikenakan hukuman tambahan iaitu penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu setiap sekali sebulan ketika ibu dan adik beradik kanak-kanak itu berada di luar rumah.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro