in

Isteri Pertama Minta Cerai, Isteri Kedua Meninggal Dunia. Peminat Perli Opick di Media Sosial

Opick Isteri Ninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi hebat iman seseorang tu, lagi berat dugaan yang Tuhan turunkan untuknya. Itulah yang dihadapi penyanyi lagu ketuhanan daripada seberang, Opick selepas isteri keduanya dikhabarkan telah meninggal dunia semalam sekitar jam 9 malam waktu Indonesia, lapor Tribunnews.


Istri Opick 20180319 094401
sumber: tribunnews

Sebelum ni mungkin korang dah pernah dengar gosip tentang Opick ni kan? Yang dia kantoi dengan isteri pertama dia, Dian Rositaningrum sebab berkahwin dengan isteri kedua arwah Wulan Mayangsari secara senyap-senyap. Wulan ni pulak dengarnya penyanyi latar untuk lagu-lagu Opick.

D38C8Dff 4D70 4282 A528 F8Fc06Fdcbd8 169
sumber: detik hot
Wulan 20170824 130938
sumber: tribunnews

Sama seperti korang yang terkejut dapat berita ni, dilaporkan rumah isteri kedua Opick sekarang dijaga ketat oleh sekumpulan lelaki berpakaian hitam dan mana-mana media tak dibenarkan masuk untuk membuat liputan. Hanya beberapa gambar saja yang tersebar menunjukkan Opick sedang bersedih menatap isterinya buat kali yang terakhir di hospital. Sebak pulak bila tengok…. 

Screen Shot 2018 03 19 At 11.08.17 Am
sumber: blog
Screen Shot 2018 03 19 At 11.08.26 Am
sumber: blog

Punca kematian Wulan sebenarnya tak dapat dipastikan lagi. Tapi menurut Tribun Solo, isteri kedua Opick alami keguguran dua bulan lepas masa kandungannya berusia lapan bulan. Sejak daripada tu, tahap kesihatan Wulan on and off. Kejap baik, kejap tak baik. Dia juga katanya alami depresi sebab situasi tu. Kesiannya…

Disebabkan isu penceraian Dian (isteri pertama) dengan Opick ni tak selesai-selesai lagi, netizen macam biasalah nak cucuk jarum. Salah seorang netizen tinggalkan komen kat Instagram Dian yang bertulis,

Bunda (Wulan) yang menyakiti hati bunda (Dian) kelmarin, orangnya sudah meninggal. Karma sekarang datangnya express ya bunda,” kata netizen tu. Ouch! Tak baik cakap macam tu. Kan orang tu baru meninggal. 

Bunda
sumber: instagram

Tapi tak semua netizen Indonesia berfikiran negatif macam tu. Tak baik jadi makcik bawang dan tak sensitif dengan kematian orang. Netizen lain komen balik dan bidas cakap netizen tadi tu supaya positif dan doakan yang baik-baik kepada orang yang sudah meninggal dunia. Yelah kan… siapa kita nak judge orang macam tu? Kalau ye pun dia punca penceraian Opick dengan first wife, kita ni suci sangat ke nak kutuk orang yang dah meninggal kan? Ish, ish..

Balas Komen
sumber: instagram

Apa-apapun kami doakan semoga Opick tabah hadapi dugaan yang menimpa. Cubalah pulihkan hubungan dengan first wife tu. Mana tahu ada jodoh lagi kan? Salam takziah daripada kami.

Ingatkan Malaysia je ada makcik bawang ni, Indonesia pun ada weii…

Baca: Gambar Mesra Tersebar, Opick Kahwin Senyap-senyap Dengan Kawan Baik Isteri? 

Opick1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.