Fenomena filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan masih belum reda, walaupun sudah hampir dua bulan ditayangkan tetapi ia masih menjadi antara 10 filem teratas yang masih ditonton sehingga hari ini.
Karya epik Syamsul Yusof itu menjadi bualan ramai kerana ia telah menyuntik semangat Kemelayuan yang tinggi beserta dnegan sinematografi dan pendukung filem yang hebat seperti Adi Putra, Beto Kusyairy dan Fattah Amin.
Masih terasa ‘bahang’ Mat Kilau, pengarah muda itu semalam memuat naik beberapa posting dalam Instagram miliknya di mana dia bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam.
https://www.instagram.com/p/ChUhEjzpnvl/
Adakah ini hint pembikinan filem terbaru?
“Perpaduan antara Sultan, bendahara & pahlawan Melayu perlu lebih ditekankan dlm filem kamu selepas ini” – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. #istanaMelaka
Terima kasih juga buat Tuan Zaidi Haji Hassan & Datuk Md Nasir. Tanpa kalian, impian Negara & Bangsa mungkin sukar diperoleh” tulisnya dalam kapsyen.
Posting yang dimuat naik itu menimbulkan tanda tanya oleh para netizen, malah ada juga rakan selebriti seperti sudah dapat ‘bau’ akan ada filem berkenaan sejarah Melayu-Melaka yang akan diterbitkan.
Ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan serta pujian yang agar pengarah muda itu terus berjaya dalam kerjayanya.
Fuh, kalau betul, bukan biasa-biasa ni!
Baca: Rupanya Filem Mat Kilau Dah ‘Shoot’ 7 Tahun Lepas, Berhabis Sampai RM2.5 Juta Tapi Kena ‘Buat’ Balik