Ni lah orang kata setia hujung nyawa!
22 Ogos lepas, motosikal yang ditunggang oleh wanita 32 tahun ni dirempuh oleh sebuah van. Wanita itu dalam keadaan kritikal sewaktu dikejarkan ke hospital.
Masa dia dalam tahanan wad, teman lelakinya pasrah apabila dapat tahu harapan untuk wanita yang dicintainya untuk terus hidup tu amat tipis. Dia dan keluarga hanya mengharapkan keajaiban berlaku.
Akhirnya kita dah kahwin”
Tapi itu tak menghalang hasrat teman lelakinya untuk berkahwin dengan wanita idaman dia itu. Dia tetap beli cincin kahwin walaupun masa tu keadaan wanita itu sangat kritikal.
Bagaimanapun, akibat kecederaannya parah, wanita itu meninggal dunia 3 hari lepas kejadian. Menurut WORLD OF BUZZ, masa wanita dari Taiwan tu tu tengah sihat dia ada nak dermakan 12 organ dia iaitu jantung, paru, kornea, kulit salur darah.
Kalau dia mati, dia yang akan tinggalkan dunia ni dapat juga dia menyelamatkan orang ramai. Organ tu dapat diberikan kepada orang-orang yang memerlukannya”
Saat doktor nak tanggalkan life support untuk dermakan organ wanita tu, keluarga dia beri peluang kepada teman lelakinya ni peluang terakhir untuk ucapkan selamat tinggal.
Teman lelakinya menyarungkan cincin kajwin tu ke jari teman wanitanya dan mengatakan “Akhirnya kita dah berkahwin”. Sedihnya!
Suasana menjadi pilu saat melihat insiden tersebut.
Baca : “Abah, ija tak boleh”- Baru Kumpul Satu Family Hantar Masuk Uni, Lusa Bapa Meninggal Dunia