Ini Sebenarnya 6 Perkara Merapatkan Kita Walaupun Berbeza Bangsa dan Agama

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam menjalani kehidupan seharian, kita kadang-kadang terlupa perkara indah yang kita lalui hampir setiap hari. Tambah-tambah lagi sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, banyak perkara yang kita lalui tak pernah dibuat orang di negeri lain. Perkara ni lah yang buat kita unik dan lain dari yang lain tau!

Admin boleh bet lah, 9/10 orang yang baca artikel ni pernah buat almost semua benda yang disenaraikan kat bawah dan korang takkan percaya perkara ni lah yang mengeratkan kita semua walaupun berbeza kaum dan agama!

 

1. Makan di Kopitiam atau Kedai Mamak 

Sumber: Blog

Perkara first yang jadi point utama dalam mengeratkan rakyat Malaysia antara satu sama lain mestilah makanan!

Lepak di kedai mamak atau kopitiam ni memang favourite thing to do lah bagi sesiapa pun tak kira korang Melayu ke, Cina atau India. Tanpa kita sedar, dengan melepak dan makan di kedai mamak kita mula memahami budaya satu sama lain melalui makanan dan sesi sembang kedai kopi!

 

2. Kongsi botol Minyak Cap Kapak 

Sumber: WOB

Bak kata orang, sharing is caring yalls! 

Jangan mengada-ngada cakap korang tak pernah pinjam minyak cap kapak dari kawan Cina korang bila tengah sakit kepala. Sama ada korang pernah pinjam atau minyak cap kapak korang dipinjam, minyak ni jugak boleh jadi punca hubungan antara kaum sesama kita terus erat!

 

3. Pergi open house Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali 

Sumber: WOB

Ingat tak time korang gigih tanya kawan Cina dan India nak pinjam baju tradisional dorang? Haa dorang pun mesti ada pinjam baju kurung korang jugakkan masa jamuan Hari Raya Aidilfitri? Rindu moment ni!

 

4. Main permainan tradisional seperti Congkak, Batu Seremban dan Gasing bersama

Sumber: WOB

Mungkin sekarang dah jarang nak nampak budak-budak main permainan tradisional, tapi dulu-dulu masa kat Sekolah Kebangsaan, game ni lah antara game kegemaran ramai waktu rehat! Tanpa kita sedar, permainan ni lah yang buat kita kenal rakan-rakan dari bangsa lain.

 

5. Berkunjung ke pasar malam 

Sumber: WOB

Tak kisahlah dari negeri mana korang berasal, pasar malam adalah tempat yang mana semua bangsa pernah pergi. Kita semua suka sangat pergi pasar malam sebab kat sana kita boleh beli apa saja jenis makanan — dari nasi lemak hingga ke char kuey teow dan tak dilupakan kuih muih serta baju-baju kelawar gitu! Haa mak-mak mesti suka ni. Kat sini, rakyat Malaysia berbilang kaum boleh jalan-jalan, cari makan!

 

6. Tonton kartun buatan Malaysia 

Sumber: WOB

Haa tipulah kalau korang tak pernah tengok kartun Kampung Boy, Anak-anak Sidek, Keluang Man, Usop Santorian dan macam-macam lagi satu masa dulu! Kartun-kartun ni lah yang mengajar kita tentang kepelbagaian budaya dalam Malaysia. Budak-budak dulu kalau tengok siri kartun ni memang ternganga je lah depan TV.

Bersempena Hari Malaysia ini, diharapkan kita sebagai rakyat Malaysia terus kekalkanlah keharmonian dan kasih sayang antara satu sama lain. Selamat Hari Malaysia! 

Baca: Siti Rahmah Kassim: Sumbang Gelang Demi Kemerdekaan Negara

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!