in

“Ini perkahwinan kedua arwah” – Abang Dedah Lebih Setahun Adik Terima Ugutan Bunuh Oleh Suami

Suami Bunuh Isteri

Kejadian yang baru berlaku di sebuah hotel di Batu Gajah semalam menyayat hati ramai pihak selepas seorang suami menyerahkan diri di balai polis selepas mengaku membunuh isterinya.

Difahamkan, suspek yang berumur 36 tahun itu bertindak membunuh isteri yang berusia 32 tahun berpunca kerana mangsa masih mahu menuntut fasakh biarpun sudah dipujuk.

Arwah sering mengadu dipukul & diugut

Abang kepada mangsa, Syahiran Shaharun mendedahkan bahawa adiknya, Nisya Syahkila Shaharun sering menerima ugutan jenayah termasuk bunuh sejak lebih setahun lalu.

Artikel berkaitan: Suami Serah Diri Ke Balai Polis Lepas Bunuh Isteri Sebab Nak Tuntut Fasakh

Menurut Syahiran, adiknya itu mendirikan rumah tangga dengan suspek dan menetap di Kedah pada 2022 lalu.

Katanya lagi, adiknya sering mengadu kepada keluarga bahawa dia kerap dipukul dan diugut oleh suaminya yang culas dalam pemberian nafkah sehinggalah bapa mereka bertegas membawa arwah dan anak lelaki berusia sembilan tahun pulang ke pangkuan keluarga di Perak.

Screenshot 2024 06 21 152056

 

“Ini adalah perkahwinan kali kedua arwah. Anak lelaki itu hasil perkahwinan arwah bersama suami pertama.

“Sepanjang tempoh di Perak, arwah sudah beberapa kali membuat laporan polis kerana menerima ugutan menerusi panggilan telefon dan mesej suara secara berterusan.

“Mei lalu, suspek pernah ditahan reman oleh polis selama dua hari sebelum dilepaskan,” katanya.

Difahamkan, pada hari kejadian, mangsa dan suspek sepatutnya hadir ke mahkamah syariah untuk prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh.

Kata Syahiran, adiknya itu bertindak berani berjumpa dengan suaminya di hotel kerana menyangka lelaki itu mahu menyelesaikan permasalahan rumah tangga mereka secara baik walaupun sudah dilarang keluarga.

“Mungkin arwah adik fikir ini kali terakhir kerana suaminya sebelum ini enggan hadir ke mahkamah walaupun berkali-kali diminta berbuat demikian,” ujarnya.

Bercerita lanjut, arwah sebelum ini pernah memberitahu dia mahu pergi jauh sekiranya suaminya tak mahu menceraikannya.

“Apabila difikirkan semula, saya tak sangka kata-katanya itu adalah petanda dia akan pergi buat selamanya,” katanya.

Menurut laporan, suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro