in

“Ini melampau” – Kamal Adli Bengang Netizen Spekulasi Status Anak Kandung Dengan Uqasha

ft kamal adli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kes perceraian pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose berlangsung di mahkamah baru-baru ini, apa-apa mengenai kisah mereka telah menjadi buah mulut netizen di media sosial. Kalau diperhatikan, ada yang mula ‘ungkit’ kisah lama tentang pasangan ini sebelum berkahwin.

Bagaimanapun, Kamal Adli menganggap ia sudah keterlaluan apabila ada netizen cuba mengheret anak mereka, Hawra Uqaira untuk membuat satu spekulasi buruk tentang Uqasha Senrose.


Artikel berkaitan : “Saya minta maaf” – Kamal Adli Mohon Maaf Tinggikan Suara Sewaktu Temu Bual

Artikel bekaitan : Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran, Bersumpah Tidak Pernah P*kul Isteri

“Melampau!”

Menerusi Threads, Kamal Adli ada kongsikan tangkap layar perkongsian daripada individu yang mempersoalkan status anak yang dikandung oleh Uqasha dan membuat spekulasi bahawa perkahwinan antara Kamal Adli dengan Uqasha itu dilakukan demi menutup aib.

Screenshot 2025 12 22 162208

Menurut pelakon Bahagia Yang Tertangguh ini,  kenyataan itu agak melampau, Kamal turut memohon orang ramai untuk jaga adab dalam perututuran.

“Salam. Ini sangat-sangat melampau. Terlalu melampu untuk manusia normal dan sebagai muslim. Itu anak kandung saya. Tolong manusia, kalau takde apa baik nak tulis… Please jangan sampai level ni.”

Sekadar rujukan, Uqasha Senrose telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.