in

“Ini Malaysia, bukan America” – Lelaki ‘Buat Hal’ Tampal Notis Di Kondo, Kata Tak Perlu Pakai Mask

page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kes ‘Karen Dior’ enggan memakai pelitup muka ketika memasuki premis di KLCC, baru-baru ini tular pula di laman Twitter berkenaan notis yang ditampal dengan isi kandungan yang lebih kurang.

Notis yang ditampal pada pintu hadapan sebuah kondominium itu menyatakan pemakaian pelitup muka dan sebarang bentuk penjarakan sosial tidak lagi diwajibkan bagi individu yang sudah lengkap dua dos vaksin.


Dikenali dengan nama Jason, pemilik notis itu memaklumkan informasi tersebut dipetik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang merupakan agensi kesihatan awam di Amerika Syarikat.

1 1
Sumber: CNBC

Hal ini merujuk kepada amaran dari pihak pengurusan kondominium yang terletak di atas notis tersebut, menyatakan mana-mana individu yang tidak memakai pelitup muka akan dilaporkan kepada pihak polis dan disaman hingga RM10,000.

Amaran untuk mengugut mereka yang tidak memakai pelitup muka adalah salah sama sekali. Ia menjurus kepada informasi yang salah, mempunyai unsur ugutan dan niat untuk memeras duit dari orang-orang yang tidak bersalah.”

Notis tersebut turut menyatakan sebarang saman dari polis atau pihak pengurusan kondominium itu sendiri adalah tidak dibenarkan. Tambahnya lagi, orang ramai digalakkan untuk mendidik diri sendiri dan bangkit dengan hak peribadi masing-masing menentang ugutan dari pihak berkuasa.

Bukan itu saja, pemilik notis ini turut menyatakan dia bekerja dengan doktor dan peguam di serata dunia dan berniat untuk menentang ‘ketidak adilan’ seperti ini.

1 11
Sumber: Twitter

Kenyataan ini bertentangan sama sekali dengan arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggalakkan kita untuk memakai pelitup muka dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial walaupun selepas lengkap dua dos vaksin.

Perkara ini sekaligus mengundang pelbagai reaksi dari netizen, di mana rata-ratanya meminta lelaki ini untuk mendidik dirinya terlebih dahulu.

5 7 7 5

8 4
Sumber: Twitter

Ada juga yang memberi peringatan bahawa orang yang menetap di Malaysia perlulah mengikut prosedur dari KKM, bukannya CDC.

6 7 4 8

3 8
Sumber: Twitter

Lepas satu, satu yang datang, kan? Korang jangan lupa pakai pelitup muka dan jaga jarak sosial sewaktu keluar rumah, okay?

Sumber: Twitter

Baca: [VIDEO] ‘Karen’ Buat Hal Lagi? Kali Ini Didakwa Berjalan Tak Pakai Mask Dengan Kawan-kawan

11 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.