in

“Ini macam pecah amanah… dia sudah janji” – Polis Buru Penganjur Himpunan Sokong Najib

Sokong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan tular gambar perhimpunan sokong Najib di media sosial dan kemarahan orang ramai, polis kini akan memanggil penganjur yang terlibat memandangkan ia dikatakan telah ingkar arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Lapor Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, berhubung perkara berkenaan, pihaknya telah bertemu dengan individu yang bertanggungjawab membawa rombongan terbabit pada seminggu sebelum kejadian.

Beliau memaklumkan kepada individu tersebut berhubung dengan suasana PKPP ketika ini khususnya dalam penjagaan jarak dan sebagainya.

Kata individu tersebut dia telah sampaikan kepada penganjur tetapi ianya seperti tidak dihiraukan.

 

Ini macam pecah amanah… dia sudah janji. Kita akan panggil individu itu dari semasa ke semasa. Sebelum ini kita benarkan mereka datang, tapi jagalah SOP.”

Ed Utulumaaprgl Ed Utuwumaa3Khd

Berang dengan tindakan penganjur yang tak dengar kata, siasatan telah dilakukan pihaknya termasuklah di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta 342.

Ini kerana nasihat sudah diberikan untuk jaga jarak semasa di lapangan dan satu laporan polis daripada orang awam telah pun dibuat.

“Apa pun, siasatan perlu diteruskan dan akan dilengkapkan sebelum diserah kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menilai kes ini.”

 

Baca : “Mana SOP??” – Tiada Social Distancing, Netizen Bimbang Penyokong di Mahkamah Kena ‘Kluster Najib’

Sd 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.