in

“Ini fasa penting”- AMARAN! Kes Covid-19 Mungkin Meningkat 2 Minggu Lagi : Datuk Dr Noor Hisham

Feat 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam negara menyaksikan kes harian terendah Covid-19 iaitu hanya 36 kes dicatatkan dengan 98 kes pulih.


Lebih menggembirakan tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 kekal 89 kes.

Namun, perkara itu tidak boleh dipandang mudah!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kemungkinan negara akan menyaksikan peningkatan kes Covid-19 dalam tempoh 2 minggu lagi, lapor Malaysia Gazette.

Ia susulan aktiviti pengesanan kes yang masih giat dilakukan KKM ketika ini.

KKM masih giat melakukan pengesanan kes terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),”- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah/Ketua Pengarah Kesihatan

Dr Hisham 1

Mengulas mengenai penurunan kes Covid-19 di Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham berkata ia hasil tindakan proaktif dan agresif sepanjang PKP bermula fasa pertama hingga kini.

Justeru beliau minta rakyat Malaysia untuk memberi kerjasama dalam menjayakan usaha membendung wabak Covid-19 di negara ini.

 

Baca : Bos Dipenjara 7 Hari & Didenda RM10,000 Sebab Suruh Staf Masuk Kerja Masa PKP!

Feat 31

Sumber: RojakDaily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.