Meskipun sudah beberapa hari berlalu, netizen masih memperkatakan mengenai aksi ‘lompatan viral’ penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza semasa konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere & Love yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Ramai meluahkan rasa terkejut malah terkesima melihat momen luar biasa yang dipaparkan Biduanita Negara itu dan berhasil membuat lompatan bertenaga tersebut pada usia 47 tahun.
@sitizoner
Pengurus kongsi video ‘percubaan’ Siti lakukan lompatan di belakang tabir
Susulan itu, pengurus kepada Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak telah berkongsi video memaparkan beberapa percubaan yang dilakukan penyanyi berkenaan sebelum melakukan aksi tersebut semasa konsert tempoh hari.
Dalam video berkenaan dapat dilihat Siti melakukan percubaan pertama lompatan pada 8 Januari dan percubaan kedua pada 9 Januari 2026.
Kedengaran juga Rozi meminta Siti berhati-hati dalam melakukan aksi tersebut, yang mana percubaan sebanyak dua kali itu telah membuahkan hasil yang menakjubkan ketika aksi sebenar di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Akak ke Tokti yang perform?” – Netizen Teruja Lihat ‘Outfit’ Sitizoners Sempena Konsert Siti Nurhaliza Sabtu Ini
Artikel berkaitan: Datuk Seri Siti Nurhaliza Dedah Bangunan Sekolah Afwa Dan Aafiyah Di Gaza Telah Musnah Dib*m
Rozi juga pada masa yang sama berkongsi bahawa aksi itu telah menggunakan teknologi ‘toaster’ dan keberanian melakukan aksi berkenaan memberi makna yang lebih luas buat penyanyi itu kepada peminat-peminatnya.
Dua bulan lalu, itulah permintaan @ctdk untuk muncul dalam segmen tradisional diawali dengan menggunakan teknologi ‘toaster’.
“Namun, di sebalik kemegahan teknologi itu, ada sebuah keberanian yang jarang kita bicarakan. Bukan sekadar berani berdiri di atas platform yang meluncur tinggi tetapi berani untuk terus mencabar limitasi diri demi peminat-peminat beliau.
“Setelah 30 tahun, beliau tidak memilih jalan mudah. Beliau memilih untuk terus belajar, terus berinovasi dan terus ‘melompat’ keluar dari zon selesa. Elemen spektakular ini adalah bukti cintanya bahawa tradisi tidak semestinya kaku dan legasi harus sentiasa dijulang dengan penuh keberanian,” katanya.
View this post on Instagram
Tambahnya, kecemerlangan tersebut bukan sekadar tentang gimik tetapi tentang jiwa yang tidak pernah berhenti mahu memberi yang terbaik.
Keberanian tidak hanya bersifat pejuang, muncul garang dan membentak, melengking riuh menyebar dalam hentak, ada keberanian yang unggul dengan cara diam tanpa bergerak, tunduk tanpa lagak dan melangkah dalam kebaikan yang tidak nampak,” katanya lagi.
Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai reaksi positif netizen yang teruja melihat kegigihan penyanyi nombor satu negara ini dalam memberikan yang terbaik buat para peminatnya.
Terdahulu, konsert yang berlangsung lebih tiga jam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi undangan seperti Umairah, Hafiz Suip, Noh Salleh dan Cakra Khan.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin juga berkenan berangkat menyaksikan konsert penuh bersejarah tersebut.
Sumber: Instagram rozisangdewi
