in

“Ini bukan kisah Marina” – 12 Kali Rombakan Skrip, Penerbit Tetap Akan Teruskan Filem Biopik Tun M

Yk3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kehangatan isu filem biopik tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) mendapat tentangan daripada anak sulungya Datin Paduka Marina Mahathir, penerbit tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan projek tersebut.


Penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd, Yusuf Kelana menegaskan, pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan akan menghantar surat rasmi kepada semua watak terbabit dalam masa terdekat.

Malah tegas Yusuf, pihaknya telah menjalani proses sukar untuk menjayakan projek filem Mahathir, The Journey ini

 

Kita sudah memulakan projek filem ini kira-kira tujuh bulan lalu dan skrip filem ini melalui proses romabakan sebanyak 12 kali sebelum mendapat kelulusan 100 peratus daripada PMO” – Yusuf Kelana

Yk
Sumber :mstar

Menerusi mStar Online, Yusuf kini sedang menunggu kebenaran PMO untuk lancarkan filem ini dan kemudian barulah kesemua wataak-watak terlibat akan dimaklumkan secara rasmi.

Tambahnya lagi, walaupun mungkin ada yang akan tak setuju, dia tetap meneruskan projek ini kerana setiap watak mempunyai peranan dalam perjuangan Tun M.

 

Ada minta kebenaran pembantu Marina.

Mm

Dalam laman Twitter miliknya sebelum ini, Marina dakwa dia hanya mengetahui kewujudan waktaknya dalam filem itu melalui media.

Malah, Marina juga dikatakan kurang senang dengan watak-watak dalam filem tersebut.

Berikutan itu, Yusuf berkata filem ini mengangkat perjualangan Tun M dan waktak Marina diperlukan kerana dia merupakan ahli keluarga tokoh politik tersebut.

“Filem ini dibuat untuk menceritakan bagaimana perjuangan Tun Dr Mahathir dan bukannya mengenai kisah Mariah..Namun, watak Marina perlu ada kerana dia merupakan sebahagian keluarga Tun Mahathir”

Tambah Yusuf lagi, selepas pelancaran filem ini, pihaknya ada menghubungi pembantu Marina, bahkan pelakon watak tersebut Ning Baizura juga ada menghubunginya.

 

Baca : “Kami tak sokong” – Marina Mahathir Anggap Filem Biopik Tun M Memalukan Keluarganya

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.