in

“Ini bukan first time” – Tun M Ragu-ragu Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Majoriti

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam konflik politik yang dicetuskan oleh Presiden PKR. Semasa bercakap di Sidang Kemuncak Maya ASEAN CIO Nutanix menerusi Zoom semalam.


Menurut The Edge Singapura, Dr Mahathir menjawab dengan mengatakan bahawa “ini bukan kali pertama” Anwar membuat tuntutan ini. Katanya lagi, pengumuman dan tuntutan serupa itu pernahh dibuat pada bulan September 2008.

Kita harus tunggu untuk lihat apakah ini satu lagi episod membuat tuntutan yang tidak dapat dibuktikan.”

Tun M juga turut mendedahkan perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 24 jam itu bukan keputusannya.

“Saya tidak berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi apabila parti saya dikeluarkan daripada coalition (gabungan), maka akhirnya ternoktah sekali jawatan itu. Semua perkara itu berlaku tanpa pengetahuan saya.”

Kata Tun M lagi, beliau kini terpaksa menghadapi masalah ini kerana tidak berkesempatan untuk melakukan cadangan pemulihan yang dibawa.

Beliau bekerja juga berkeras untuk mengubah keadaan Malaysia, namun ia terhenti di separuh jalan, yang mana ia juga menyusahkan ramai orang.

“Untuk membetulkan kesalahan lampau, ia akan mengambil masa dan perlu dilakukan secara teliti supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama,” tegasnya.

 

Baca : “Bukan kali pertama” Ini 2 Percubaan Gagal Anwar Ibrahim Cuba Bentuk Kerajaan Baharu Lepas Mengaku Dapat Majoriti

Tunm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.