Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita berdepan detik mencemaskan apabila suaminya, Aidiamin Ahmad, didakwa mengalami gangguan mistik ketika menyertai satu aktiviti paranormal, baru-baru ini.
Menerusi satu video tular berdurasi hampir dua minit di TikTok, Aidiamin dilihat terdiam seketika sebelum tiba-tiba bertindak agresif dan mula melakukan pergerakan seakan-akan bersilat.
Situasi itu mencetuskan suasana panik apabila Bonda Rozita bersama Roslan Shah (Cik Lan) segera cuba menenangkan Aidiamin yang kelihatan tidak terkawal seolah-olah dirasuk.
Rakaman kejadian itu kemudiannya dihentikan serta-merta. Menurut penganjur, insiden tersebut merupakan kejadian sebenar dan bukan sekadar gimik.

Artikel berkaitan: Bela German Shepherd Untuk Tujuan Keselamatan, Video Bonda Rozita Bawa 2 Ekor Anjing Bersiar Tarik Perhatian Ramai
Artikel berkaitan: “Tolong stop tanya soalan ni” – Anak Bonda Rozita Ibrahim Dedah Ibu Sudah Bercerai & Berkahwin Lain
Difahamkan, Aidiamin kemudian dirawat oleh seorang ustaz yang berada di lokasi kejadian.
Menurut ustaz tersebut, kejadian itu dipercayai bukan sesuatu yang baru berlaku, sebaliknya berpunca daripada satu “pertembungan” yang telah lama wujud antara Aidiamin dan Bonda Rozita.
“Ini bukan baru ini, ini berlaga dengan akak punya ni. Abang ni, benda dia berlaga dengan akak punya. Nak saya cuba tolong,” katanya.
Susulan kejadian itu, pelbagai tafsiran mula dibuat oleh netizen.
Ada yang berpendapat maksud kenyataan ustaz tersebut mungkin merujuk kepada kemungkinan berlakunya pertembungan ‘saka’ antara pasangan berkenaan.
@intanamir.central Suami Bonda Rozita kerasukan dalam night walk bersama Cik Lan #ciklan #nightwalk #megaratu #jrmholistik ♬ Scary – Satarabasna
Di ruangan komen Threads, seorang pengguna mendakwa gangguan tersebut mungkin berlaku apabila individu yang memiliki saka memasuki kawasan tertentu sehingga berlaku ‘pertembungan’ dengan entiti di kawasan berkenaan.
“Mungkin ada saka keturunan yang menjaga, kemudian pergi ke kawasan seperti itu. Benda di kawasan berkenaan marah kepada saka dalam badan, lebih kurang begitulah,” kata seorang netizen.
Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman peribadi dan mendakwa pernah melihat individu ‘bersilat’ ketika menjalani rawatan berkaitan saka.
“Saya pernah melihat individu yang menjalani rawatan ruqyah akibat saka dan memang nampak macam bersilat,” kata Wawa.
Sehingga kini, masih belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan terkini Bonda Rozita, suaminya serta individu lain yang terlibat dalam aktiviti paranormal tersebut.
Untuk rekod, Rozita dan Aidiamin, 50, yang juga abang kepada pelakon Datin Seri Rebecca Nur Al Islam, mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.
