in

“Ini baru betul” – Hikmah Covid-19, Gelandangan KL Diberi Peluang Pekerjaan Lepas Habis PKP

Feature 4 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini golongan gelandangan terpaksa tidur di kaki lima di tengah bandar raya Kuala Lumpur, kali ini sinar baru buat mereka semakin cerah sebab mereka ditawarkan peluang pekerjaan. Alhamdulillah, murah rezeki dorang. 


Menurut Berita Harian, mereka yang telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara di dewan serbaguna di sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP telah berpeluang untuk menyertai proses temu duga kerja hasil kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja, Yayasan Kebajikan Negara dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Gelandangan 1

Sebahagian daripada 800 gelandangan telah diberikan peluang tersebut yang telah bermula pada Khamis sehingga Selasa depan.

Gelandangan yang terpilih akan diberi peluang untuk bekerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pekerja am dengan gaji bulanan sebanyak RM1,200. Sedikit sebanyak boleh lah menampung kehidupan dorang kan. 

Gelandangan 2

Gelandangan 3

Selain itu, mereka yang lain pula akan bekerja di kilang sebagai operator pengeluaran dengan gaji permulaan sebanyak RM1,400.

Mereka yang berjaya terpilih juga akan tinggal di asrama pekerja syarikat terbabit dan DBKL sebelum memulakan pekerjaan.

Rasa sebak pulak sebab akhirnya dorang boleh mulakan hidup baru. Sama-sama kita doakan agar dorang akan sentiasa dimurahkan rezeki.

 

Baca: “Slow-slow Nampak hikmah PKP ni” – Terpisah Sejak 1996, Jejak Kasih Adik Ternampak Abang Jadi Gelandangan Dalam TV Undang Sebak

Gelandangan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.