in

Ini 7 Alat Kebesaran Diraja Lambang Kedaulatan YDPA Yang Korang Patut Tahu

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam pelbagai istiadat diraja yang dijalankan, orang ramai pasti kagum dengan penampilan Yang di-Pertuan Agong yang memukau mata. Mana taknya, imej Baginda memang lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja yang diwarisi secara turun-temurun.


Ianya juga melambangkan kedaulatan dan identiti seseorang pemerintah dan kerajaannya. Jadi, untuk artikel kali ini, apa kata kita ketahui beberapa alat tersebut yang menjadi kebanggaan negara.

1. Muskat

1 3

Muskat merupakan pakaian rasmi untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Ia diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya.

Menariknya, pakaian ini dipercayai berasal dari sebuah negara Islam, Muskat yang berhampiran dengan Iran dan mula dipakai sejak tahun 1960 lagi. Ianya juga hanya digunakan pada acara tertentu seperti Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan serta ketika perasmian persidangan Parlimen.

Artikel berkaitan: Perkenal Malaysia Melalui Lukisan, Datuk Lat Terima Gelaran Seniman Diraja Oleh Sultan Perak

2. Tengkolok Diraja 

Tengkolok

Kebanyakan keluarga diraja dalam dunia ni memakai mahkota di atas kepala sebagai lambang kekuasaan dan kemakmuran. Uniknya di Malaysia, tengkolok atau tanjak ni dipakai oleh YDPA yang menunjukkan identiti Malaysia yang tersendiri.

Ia diperbuat daripada kain songket berwarna hitam yang disulamkan dengan benang emas. Hiasannya juga cukup mempesona dengan dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih. Menariknya, bentuk tengkoloknya atau lebih dikenali sebagai ‘solek’ ni dinamakan ‘Dendam Tak Sudah’ yang berasal dari Negeri Sembilan.

3. Keris Panjang Diraja  

Keris Panjang Diraja

Kalau korang nak tahu, keris ni merupakan alat kebesaran yang sangat dimuliakan dan juga alat utama dalam istiadat pertabalan. Ia menjadi tanda kebesaran dan kekuasaan kerajaan serta pemusatan kuasa yang diamahkan kepada YDPA.

Ia juga disaluti emas dari hulu hingga ke sarungnya manakala bahagian sampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri-negeri Tanah Melayu.

Mata keris pula ditempa daripada besi waja yang diambil daripada 11 bilah keris negeri-negeri tersebut manakala hulu keris berbentuk tapak kuda dengan hiasan buah jering.

4. Cogan Alam 

41546842069 Freesize

Alat kebesaran ni pula merupakan sebuah tongkat yang diperbuat daripada perak dan mempunyai kepanjangan 162.66 cm dengan hulunya berbentuk bulatan yang ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri. Seperti keris, ia juga diterapkan dengan lambang 11 negeri tersebut dan juga enam tangkai padi yang diperbuat dari emas.

Selain tu, terdapat juga cogan yang lain iaitu Cogan Agama yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran berserta ukiran bulan dan bintang di puncaknya yang melambangkan Islam sebagai teras negara.

5. Payung Ubur-Ubur Kuning 

Screenshot 2023 04 19 At 9 20 46 Pm

Seperti yang korang tahu, kuning ni merupakan warna yang sering digunakan oleh Raja-Raja Melayu dalam istana mahupun istiadat diraja. Sebabnya, warna ni dipandang mulia oleh orang Melayu yang seterusnya menjadikannya sebagai warna khas untuk melambangkan kebesaran Raja-Raja.

Disebabkan itulah payung ini dihasilkan daripada kain sutera yang berwarna kuning raja dan dicipta sebanyak 20 kaki. Ia juga dipasangkan anak bulan dan bintang yang terletak di puncaknya.

Artikel berkaitan: Tempoh Penggal 5 Tahun Bakal Tamat 30 Januari, Ini 7 Fakta Menarik Tentang YDPA Yang Korang Kena Tahu

6. Pending Diraja

Pending Diraja

Bahasa mudahnya, pending ini ibarat tali pinggang yang dipakai oleh YDPA. Ia diperbuat daripada emas sepuluh mutu yang bertatah berlian dan bersulamkan dengan permata delima manakala di tengah-tengahnya pula terdapat Lambang Kerajaan Persekutuan.

Tali bengkungnya pula diperbuat daripada kain sakhlat yang bertekat benang emas dengan corak berbunga-bunga.

7. Cokmar 

Z10

Cokmar merupakan  dua batang tongkat pendek yang diperbuat daripada perak di mana hulunya berbentuk kubah manakala panjangnya ialah 81.32 cm. Menariknya, ia dulu merupakan salah satu alat perang namun, telah dijadikan alat kebesaran diraja pada masa kini. Kebiasaannya, alat ni korang akan nampak di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen.

Sumber: Sinar Harian, Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.