Pandemik yang sedang melanda negara dan hampir seluruh pelusuk dunia ketika ini benar-benar membuka mata manusia bahawa menjaga kebersihan adalah salah satu perkara penting didalam kehidupan.
Jika dulu ianya dipandang remeh tapi kini tidak lagi. Semuanya berubah dimana manusia kini sudah mula sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dan kawasan persekitaran baik di dalam kereta, di tempat kerja dan yang paling penting di rumah.
Apa gunanya rumah cantik dan nampak mewah tapi berbau dan kurang bersih bukan? Jadi di bawah kami kongsikan beberapa tips, agar rumah korang bukan sahaja cantik, malah bersih dan berbau wangi.
Letak pokok hiasan dalam rumah
Kami yakin anda semua pasti setuju meletakkan pokok hiasan didalam rumah pasti mampu mencantikkan rumah. Namun jangan gunakan ia sebagai dekorasi semata sebaliknya optimumkan pengunaannya.
Jadi cadangan kami adalah tanam pokok lidah jin di dalam rumah anda. Ia bukan sahaja menyejukkan mata malahan baik untuk kesihatan anda kerana lidah membebaskan oksigen dan boleh menyingkirkan karbon dioksida.
Selain itu ia berupaya menapis toksin beracun dalam udara dalaman seperti benzena, formaldehid dan tricloroethylene, yang biasanya dibebaskan daripada perabot, cat dan bahan binaan dalaman.
Namun berhati-hati jika mempunyai binatang peliharan atau anak kecil, sebaiknya letak kan pokok ini di kawasan yang lebih tinggi dan susah dicapai oleh mereka.
Guna bancuhan pelembut fabrik dan air untuk elakkan rumah cepat berhabuk
Kehadiran habuk didalam rumah terutamannya pada perabot dan kipas sememangnya sukar dielakkan. Namun tindakan anda mengabaikannya sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan seisi rumah anda khususnya kepada anak kecil.
Namun sebenarnya ada cara mudah untuk mengelakkan habuk dari melekat iaitu dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu campuran :
– 1 penutup pelembut fabrik dan
– 10 cawan air
Caranya mudah sahaja, campurkan 1 penutup pelembut fabrik bersama 10 cawan air dan bancuh kedua-duanya hingga sebati. Kemudian lapkan kesemua perabot kesayangan dan kipas-kipas anda menggunakan kain dan campuran tadi.
Berikan perhatian pada lantai anda
Lantai merupakan salah satu bahagian rumah yang perlu dipastikan aspek kebersihannya kerana ia membabitkan keselesaan penghuni. Selain itu penjagan lantai yang betul juga mampu menaikkan seri sesebuah rumah, lagi-lagi jika lantai rumah anda bersih dan berkilat umpama cermin.
Lantai yang melekit sebagai contoh bukan sahaja menyebabkan ianya tidak selesa untuk dipijak malah menyebabkan rumah kelihatan kotor sehingga mencacatkan pemandangan anda.
Jadi tidak kiralah apa jenis lantai yang digunakan baik jubin mahupun kayu, kerja mencuci dan menjaga lantai adalah penting. Rumah pun cantik berseri!
Untuk pembersihan yang optimum, kami cadangkan anda mop lantai anda dengan campuran bahan bahan ini yang digaul sebati iaitu :
-1 penutup pencuci lantai
– Cuka
– Air panas
Namun pastikan pastikan anda menyapu dan buangkan sampah atau debu pada permukaan lantai terlebih dahulu ya sebelum memulakan aktiviti mengemop. Hasilnya pasti lantai korang lebih bersih dan berkilat sekaligus menjadikan rumah naik serinya dan wangi.
Jadi minimalis, simpan sedikit barang
Antara salah satu faktor yang menyebabkan rumah menjadi kemas dan cantik adalah disebabkan ruang yang luas. Namun sebesar mana pun rumah anda jika banyak barang yang tak penting pasti mencacatkan mata.
Jadi cara mudah adala dengan menjadi sorang minimalis. Hindari kebiasaan membeli barang yang tidak perlu dan buang barang yang tak penting di rumah anda.
Namun jika ada keperluan, gunakan ruang simpanan tertutup antaranya kotak atau bekas plastik dan letak semua barang yang jarang digunakan kedalamnya.
Hasilnya rumah anda nampak kemas dan teratur. Nak kemas pun lagi mudah.
Lakukan disinfeksi di rumah
Sekemas manapun rumah anda, secantik manapun rumah anda. Kebersihan tetap yang paling utama lagi-lagi di musim wabak sebegini. Jadi lakukan disinfeksi di rumah anda bagi memastikan udara dan sebarang alatan di rumah adalah bersih dan tidak tercemar dengan benda-benda berbahaya seperti kuman, virus dan bakteria.
Terdapat pelbagai cara untuk melakukan disinfeksi di rumah antaranya dengan mengupah syarikat yang menyediakan servis disinfektan, atau menggunakan penapis udara. Namun kedua-dua ini menelan kos yang sedikit besar.
Sebagai contoh mengupah orang untuk melakukan kerja disinfektan bukan sahaja mahal malah ia akan mengambil masa yang agak lama. Malah kita sendiri tidak disarankan untuk berada di rumah sewaktu kerja pembersihan dijalankan.
Manakala penapis udara pula memerlukan modal yang besar sebagai permulaan. Mungkin ada yang sedikit murah namun ianya tidak seefektif HEPA filter yang lebih mahal. Selain itu ia juga perlu diservis untuk mengekalkan tahap keberkesanannya. Itu belum lagi dikira penggunaannya elektriknya bagi setiap bukan?
Jadi cadangan terbaik kami adalah gunakan Dr Clo Stick.
Dengan penggunaannya yang mudah, kerja disinfeksi boleh dilakukan sendirian tanpa perlu mengupah orang lain atau menggunakan sebarang kuasa elektrik.
Dr Clo Stick sebaik sahaja diaktifkan akan mengeluarkan kepekatan rendah CIO2 yang akan meliputi ruang bilik sekaligus membunuh virus dan banteria serta menghilangkan bau.
Yang lebih menariknya, produk ini aktif 24jam sehari dan boleh bertahan sehingga 50 hari. Bukan itu sahaja, dengan saiz yang kompak dicampur dengan sifatnya yang mesra haiwan dan selamat untuk semua juga memudahkan anda untuk membawanya kemana-mana sahaja baik di rumah, di pejabat mahupun di dalam kereta.
Dengan ini anda bukan sahaja boleh melidungi nyawa anda malahan nyawa orang-orang tersayang.