in

Semburan Nano Mist Tak Berkesan? Dr Hisham Beri Penjelasan Sebenar…

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan semburan nano mist dilihat semakin popular di Malaysia. Ramai yang gunakan semburan ini sebagai alat disinfeksi untuk sembur diri sendiri selepas pulang ke rumah.

Ramai juga beranggapan alat ini boleh menghapuskan virus Covid-19 di udara dan juga di permukaan.


Oleh kerana ini, sebentar tadi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham telah pun mengeluarkan kenyataannya mengenai isu keselamatan dan keberkesanan nano mist spray ini melalui Twitter rasmi KKM.

Beberapa orang percaya alat ini boleh membunuh virus Covid-19 di udara dan dipermukaan. Bagaimanapun, keberkesanan alat ini adalah bergantung kepada keupayaannya untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan laruan disinfeksi serta tempoh masa pendedahan.”

Larutan disinfeksi yang berkesan

Bagi memastikan nano mist spray yang digunakan itu berkesan, korang kena make sure larutan yang digunakan juga mengikut spefikasi yang membolehkan ia membunuh virus ini di permukaan.

Antara larutan yang berkesan adalah:

  • larutan yang mengandungi alkohol 70%-90%
  • hydrogen peroxide
  • thymol
  • quarternary ammonia
  • larutan berasaskan klorin

Tak sesuai digunakan ke atas manusia

Bagaimanapun, Dr Hisham menegaskan yang larutan disinfeksi ini hanya sesuai untuk nyahkuman di permukaan persekitaran sahaja.

(Larutan disinfeksi) tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia kerana sesetengah larutan disinfeksi boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.”

Selain itu, KKM turut menegaskan nano mist spray ini tak boleh menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.

Paling penting, korang kenalah kerap basuh tangan dan jaga kebersihan diri. Lepas keluar rumah, make sure terus mandi dulu sebelum sentuh orang lain, okay?

 

Baca: Jangan Guna Spray Gun Berlebihan, Boleh Beri Kesan Iritasi Pada Kulit & Mata – Dr Izzar

Screenshot 2021 09 21 At 1.39.45 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.