in

“Ingatkan rumah tu kosong” – Zionis Beri Alasan Bodoh Lepas Bunuh 8 Sekeluarga Di Gaza

Untitled Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu lagi gelombang ketegangan baru tercetus di Semenanjung Gaza, menyaksikan puluhan mangsa terkorban dalam siri serangan udara dilancar rejim zionis — yang kini memasuki hari keempat.


Awal Khamis lalu, lapan sekeluarga dilapor terkorban selepas kediaman mereka menjadi sasaran bedilan roket tentera haram yahudi.

Al-Jazeera melaporkan, empat serangan udara dilancar ke atas kediaman Rasmi Abu Malhous di Deir Al-Balah — mengakibatkan mangsa, isteri dan tiga anaknya terkorban.

 

Selain Rasmi, bedilan roket yahudi turut membunuh adiknya Mohamed — serta isteri dan dua anak lelaki mereka.

Wireap 67D9C461Dd184B548C9E6A755C9F5C8A 16X9 992

9185Ff1D24A14E6A99D21Edf95110F55 18

W 55630998 Full

Kalau ada yang belum tahu, operasi ketenteraan zionis kali ini menyasarkan serangan ke atas pejuang-pejuang mujahidin Jihad Islami — satu organisasi politik kedua terbesar dan terkuat di Gaza selepas Hamas.

Dan Rasmi ini, disangka mempunyai pertalian dengan gerakan mujahidin itu — jadi sebab itu dia diletakkan sebagai target serangan.

Namun Palestin menegaskan, kesemua mangsa yang terbunuh itu adalah orang awam.

Jurucakap pertahanan yahudi sebelum ini mengakui secara terbuka, bahawa serangan tersebut sememangnya disasarkan ke atas kediaman Rasmi dan keluarganya.

Tidak lama kemudian dalam satu laporan terbaru, mereka dilihat cuba berdalih dengan mendakwa serangan tersebut merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak pertahanan zionis.

Haaretz melaporkan, pihak tentera yahudi pada mulanya telah melakukan penilaian awal ke atas lokasi serangan dan menyangkakan premis yang disasar itu tidak berpenghuni.

Begitu mudah sekali zionis memberi justifikasi atau apa-apa alasan tidak masuk akal, untuk mewajarkan serangan berdarah mereka ke atas umat Palestin.

Apa pun, Jihad Islami sudah pun melaung amaran gerakan itu bersedia untuk melancarkan fasa peperangan baharu sekiranya rejim zionis enggan memenuhi tuntutan gencatan senjata yang ditawarkan mereka.

Fii Amanillah.

 

Baca: “Tak sangka TV3 pejuang Israel” – Syarikat TV Swasta Dikecam Teruk Gara-Gara Guna Istilah ‘Militan Gaza’?

Capture 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.