Seorang wanita Australia dikejutkan dengan kemunculan seekor ular sawa ketika membeli-belah di sebuah pasar raya. Kejadian dilaporkan berlaku di Canberra, Australia.
Wanita tersebut, Helaina Alati menjelaskan ketika itu dia sedang mencari rempah ratus untuk dimasak pada malam hari. Pada mulanya, dia tidak menyedari kehadiran haiwan reptilia sepanjang 3 meter yang berada di belakang botol-botol rempah.
“Saya berada di rak rempah mencari sesuatu untuk dimasak bersama ayam pada malam nanti. Pada mulanya, saya tidak sedar kerana ular tersebut berada di belakang botol-botol rempah yang kecil”, jelas Helaina.
Kehadiran ular sawa itu mula disedari selepas ia menjalar keluar dari rak dan menampakkan seluruh badannya.
“Nasib baik saya ada pengetahuan mengenai ular, jadi saya agak tenang pada ketika itu. Ia sememangnya mengejutkan sedikit kerana saya tidak menyangka akan bertemu ular”, ujar Helaina.
Helaina kemudian mengambil beg khas untuk menyimpan ular di rumahnya dan kembali semula ke pasar raya untuk menangkap ular sawa tersebut. Difahamkan, gadis ini telah melepaskan ular tersebut semua ke habitatnya.
https://www.instagram.com/p/CSyEkIWJdVP/
Untuk rekod, Helaina Alati mempunyai pengalaman dalam menangkap ular berbisa ketika dia menjadi sukarelawan di Syndey beberapa tahun lalu.
Kredit: AP News