Apa yang sepatutnya menjadi sambutan yang menggembirakan untuk pasangan yang sedang hangat bercinta ini, seorang lelaki telah terbunuh akibat mercun yang meletup di mukanya.
Menurut Sin Chew Daily, seorang pelancong British, Gary bersama teman wanitanya yang berasal dari Thailand telah pergi ke sebuah bar di Pattaya untuk menyambut permulaan dekad baru bersama rakan-rakan mereka.
Bila waktu menghampiri tengah malam, Gary dengan terujanya cuba untuk menghidupkan bunga api namun percubaan pertamanya gagal bila mercun tersebut tak terbakar.
Gary cuba untuk membakar mercun tersebut buat kai kedua sebelum tiba-tiba mercun tersebut mengeluarkan asap. Bila lelaki ini sedar yang dia dalam bahaya, ia dah terlalu lambat.
Mercun yang lelaki malang ini bakar meletup di mukanya hingga menyebabkan lelaki ini terjatuh di tanah.
Letupan ini telah mendapat perhatian orang-orang berdekatan dan mula berkumpul di sekitar tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan dan menelefon ambulans.
Malangnya, bila ambulans tiba, pihak perubatan cuba untuk memberikan bantuan awal namun kecederaan yang dialami lelaki ini terlalu parah dan dia memerlukan pembedahan.
Belum sempat lelaki ini dibawa ke hospital, dia disahkan mati di tempat kejadian dan teman wanitanya kelihatan menangis memeluk tubuh Gary yang telah ditutup dengan kain.
Pihak polis tempatan telah pun memberitahu pihak keduataan British tentang kematian Gary.
Allahu, memang bahayalah main mercun ke bunga api ni. Memang patut pun kerajaan kita haramkan penjualan.
Baca: Tangan Lelaki Hampir Hancur Selepas Mercun Dilempar Kanak-kanak Meletup di Tumpat, Kelantan