in

“Ingat kelakar ke nak gurau macam ni?” – Dah Siapkan 16 Mangkuk Mee, Time Nak COD Rupanya Customer ‘Prank’ Je

Prank Order

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang terkesan dari segi pendapatan sejak Covid-19 mula menular sehingga menjejaskan aktiviti harian kita. Antara yang paling terkesan adalah peniaga kecil-kecilan jadi bila dapat pesanan daripada customer punyalah seronok kan? Tapi, malangnya bagi seorang peniaga di Singapura baru-baru ini dia telah ditipu pula.


Melalui perkongsian di Facebook, seorang rider menceritakan kisah peniaga ditipu oleh pelanggannya sendiri. Katanya, ada individu tidak bertanggungjawab telah order sebanyak 16 mangkuk mee untuk dihantar.

Tipu3 1

Lepas dah bagi alamat dan siapkan tempahan, rider mengambil makanan tersebut dari peniaga untuk dihantar kepada pelanggan.

Tapi, rupa-rupanya bila dah sampai rumah tersebut ternyata ia adalah prank semata-mata! Malah, ini bukan kali pertama prank itu dilakukan kepada alamat tersebut.

Mana tidaknya, pemilik rumah sendiri terpaksa letak notis di luar rumah memberitahu bahawa mereka tidak pesan apa-apa makanan.

Tipu1

Tipu2 1

Disebabkan prank itu, rider itu kerugian caj penghantaran manakala peniaga tersebut kerugian modal yang terpaksa ditanggung kerana pelanggan tersebut memilih ‘cash on delivery’.

Rider itu kemudian membuat laporan polis tentang insiden ini. Janganlah jadi manusia tak bertanggungjawab dan tak ada hati perut sampai sanggup tipu orang macam ni.

Lagi-lagi time PKP macam ni, orang lagi perlukan duit kau pergi prank pulak!

Baca: “Ini tak lawak ya ini bodoh” – Influencer Dihentam Teruk Sebab Buat Video Prank Panic Buying Dekat Pasar Raya

Oanic5

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.