in

“Ingat cover lagu tergantung sepi” – Band Di Indonesia Ini Kena Kecam Sebab Curi Lagu?

feature image pergi saja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni kalau sebut je selebriti budak baru nak up (BBNU) memang ramai. Dari yang bakat berlakon sampai lah yang berbakat dalam nyanyian cukup ramai.

Terbaru seorang komposer yang dikenali sebagai sirkhandanial telah memuat naik di laman Instagram mengenai dakwaan terhadap karya Gouffran & Ibnu yang diciplak oleh sebuah band dari Indonesia.


Lagu Tergantung Sepi  itu telah dinyanyikan oleh penyanyi  yang semakin meningkat naik iaitu Haqiem Rusli,21.

ciplak 1
Sumber: Instagram

Menurutnya, lagu ‘Pergi saja’ nyanyian Symphony Band itu hanya mengubah lirik asal dan menggunakan hampir keseluruhan melodi lagu tergantung sepi.

“Ramai dah DM saya berkenaan lagu ‘Pergi Saja’ by ‘Symphony band’.”

“Kejadah apa tak tahu. Lagu ni tiru sebijik melodi Tergantung Sepi hampir 100% , berapa Bars jangan tanya lah dia langgar abis.” katanya.

Tambahnya lagi band tersebut baru sahaja ditubuhkan dan youtube channel mereka pula ditubuhkan pada 7 September tahun ini.

“Setelah disiasat, band baru ditubuhkan, youtube channel baru buat 7 Sept tahun ni”

FMC Music sila ambil tindakan yang sepatutnya

Dia turut berterima kasih kepada yang memberi maklumat mengenai perkara ini dan turut menggesa pihak FMC music untuk mengambil tindakkan yang sepatutnya dibawah copyright Infrigement, or plagiarism terhadap perkara ini.

“Kena tembak skit dorang ni. Tak habis2 rembat hasil usaha orang. Kebenaran tak minta. Semua langgar!”

Menurutnya lagi band tersebut telah memadam video tersebut di laman youtube mereka, namun netizen masih boleh melihatnya kerana video lagu tersebut juga telah di uplod ke youtube channel yang lain.

siloyeni
Sumber: Instagram

Bukan itu sahaja, warganet juga turut memberikan komen yang mengecam perbuatan band Indonesia yang menciplak lagu ini.

“Dah macam buat cover lagu tergantung sepi, tapi tukar tajuk je”

Image from iOS 3
Sumber: Instagram
Image from iOS 1 3
Sumber: Instagram

Ada juga selebriti yang menyokong tindakan komposer ini dengan memintanya membuat report dan mengambil tindakan saman.

Image from iOS 2 1
Sumber: Instagram

Lagu tergantung sepi ciptaan sepenuhnya Gouffran & Ibnu pernah memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-32.

Hmm, banyak sangat claim sampai lagu orang pun nak dicurinya.

 

Baca: “Dia claim lagi”- Gadis Ini Kata THE BEATLES ‘Tiru’ Band Indonesia, Pulak! #DoneClaim

kelaim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.