Kalau dah didapati positif Covid-19 mestilah perlu rawatan yang lengkap dan rapi daripada pihak hospital supaya wabak ini tidak berjangkit dengan individu lain. Tapi tidak untuk seorang ibu yang berasal daripada Jonggol, Indonesia yang menolak untuk dirawat di hospital.
Detik News melaporkan wanita ini disyaki positif Covid-19 selepas membuat swab test pada hari Khamis lepas dan pihak hospital menyarankan wanita ini untuk dirawat di hospital tapi wanita ini lebih memilih untuk pulang ke rumah.
Pihak hospital menghubungi semula wanita ini untuk dijemput ke hospital tapi masih berkeras juga untuk tetap berada di rumah. Tanpa berfikir panjang, pihak hospital segera pergi ke rumah wanita berkenaan dan didapati dia dan keluarganya tidak berada di rumah.
Pihak hospital mendapat perkhabaran yang wanita ini pergi berubat dengan cara tradisional kerana sampai ke Sabtu pagi mereka masih tiada di rumah.
Eh takkan dia lari kot.
Selang beberapa hari, pasukan kesihatan mendapati yang wanita berkenaan berada di tempat lain dan mengambil keputusan untuk terus menjemput wanita berkenaan untuk dihantar ke hospital.
“Sudah dirawat di sana 2 hari 2 malam”
Menurut wanita berkenaan, dia tidak akan mendapat perkembangan yang positif jika masih dirawat di hospital. Sebab tu dia decide nak guna cara tradisional.
Ketika berada di rumah bomoh berkenaan, didapati wanita berkenaan bersama dengan 4 orang pesakit lain sedang dirawat. Bomoh itu tak tahu yang wanita berkenaan dah positif Covid-19.
Bomoh itu menyangka yang wanita berkenaan mengalami penyakit lain, so dia just urut-urut je dalam tempoh rawatan itu.
Dalam hal itu, pihak hospital menyarankan suami dan anak wanita berkenaan untuk turut dibawa ke hospital bagi tujuan saringan dan sekarang mereka berstatus orang yang dalam pemantauan.
Sehubungan dengan itu, mereka diarahkan untuk kuarantin diri sendiri memandangkan mereka merupakan kontak rapat dengan wanita brkenaan.
Bukan itu sahaja, bomoh bersama dengan pesakit lain yang berada di rumah berkenaan turut diarahkan kuarantin diri sendiri.
Mungkin bagi ibu ni dia lagi percaya perubatan tradisional daripada rawatan hospital kot.