in

“Ingat aku lagi tak?” – Bekas Murid Tampar Cikgu 6 Kali Sebab Dendam Kena Denda 20 Tahun Lalu

Cikgukenatampar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Ingat aku lagi tak?" - Bekas Murid Tampar Cikgu 6 Kali Sebab Dendam Kena Denda 20 Tahun Lalu
Loading
/

Masa sekolah kita selalu dengar ungkapan “guru ibarat lilin, membakar diri menerangi yang lain”, mendidik anak murid untuk menjadi diri kita yang sebeanr.


Standardlah kalau kena denda, kena rotan, kena kutip sampah semua tu. Bila dikenang balik mesti rasa kelakar kan?

Admin yakin andaikata korang terjumpa cikgu tu mesti korang beramah mesra dan imbas balik kenangan tu kan? Tapi lain pula dengan lelaki 33 tahun yang dikenali sebagai Chang ni. ‘Balas jasa’ dengan cara bodoh!

 

Dulu kau ada belasah aku, kau ingat tak?”

Viral  di media sosial video dia tiba-tiba serang dan pergi tampar cikgu tu ditempat awam hanya disebabkan dendam dia pada cikgu tu yang pernah denda dia semasa diperingkat sekolah rendah kira-kira 2 dekad yang lalu.

Lapor sumber World Of Buzz, kejadian ini berlaku pada Julai lepas di China. Uish! first time dengar cerita macam ni, orang lain balas jasa, dia balas dendam.

Video berdurasi seminit ini menunjukkan Chang menyerang bekas cikgu sekolah rendah dia tu ,Zhao di tengah-tengah jalan sambil berkata :

“Kau ingat tak dulu kau belasah aku?! Ingat tak?! Lepas beberapa tahun berlalu, ingat tak?!”

 

Dulu selalu kena pijak masa dengan cikgu Zhao

Screen Shot 2018 12 21 At 3.38.26 Pm
Sumber : youtube

Dia juga menjerit namanya depan muka ciktu tu dan jelaskan yang dia dulu pelajarnya. Cikgu Zhao yang tengah duduk atas skuternya terkejut dan tidak berdaya ketika bekas muridnya tu terus maki di wajahnya.

Bagaimanapun, dia ada meminta maaf kepada Chang tetapi itu tidak untuk redakan kemarahan Chang.

Drama itu dirakamkan oleh orang keliling dan mendapat banyak perhatian di media sosial. Menjawab spekulasi, Chang tampil beri penjelasan.

Difahamkan, ketika dia masih  pelajar sekolah berusia 13 tahun, gurunya itu selalu memijaknya sebagai denda sampai menjatuhkan harga dirinya.

Memandangkan badannya masih kecil dan miskin, dia tidak mempunyai keberanian untuk membalas. Kejadian ini berlaku pada tahun 1998 lalu.

Bekas murid lain juga kena ‘penderaan’ fizikal yang sama.

Screen Shot 2018 12 21 At 3.47.18 Pm
Sumber : youtube

Berikutan dengan kenyataannya itu, beberapa bekas murid lain juga mendedahkan bagaimana Zhao ‘mengambat’ murid-muridnya secara fizikal.

Difahamkan, ada seorang pelajar perempuan telah pun dipindahkan ke sekolah lain kerana dia tidak tahan dengan pukulannya.

Pihak sekolah telah mengesahkan kejadian baru-baru ini dan laporan polis telah dibuat. Chang ditangkap polis di sebuah stesen kereta api manakala guru itu sudah pulih dari kecederaan ringan. Difahamkan Zhao masih menjadi seorang guru hingga ke hari ini.

Hurm, bila dah tahu cerita sebenar, tak tahulah nak padan muka kat cikgu ke, nak marah kat bekas murid atau nak marah kat cikgu tu. Haraplah cikgu kat Malaysia ni tak macam tu. Nak ‘titil’ muridpun biarlah berpada-pada ye!

Baca : Video Staff Daycare Tampar Budak Kecil 4 Tahun Bertubi-tubi Sampai Pipi Bengkak

Didera3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.