in

Individu Disiasat Tak Perlu Pakai Baju Oren SPRM – Anwar Ibrahim

Sprm Baju Oren Anwar Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pemakaian baju oren oleh individu yang direman bukan perkara baharu apabila ia beberapa kali dibangkitkan di Parlimen, termasuk mengenai kesan terhadap maruah dan persepsi awam terhadap individu yang belum disabitkan kesalahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, individu yang bakal dihadapkan ke mahkamah boleh diberikan kelonggaran untuk tidak mengenakan baju tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Semalam, saya juga sampaikan… sebelum pendakwaan, dihadapkan ke mahkamah dan didakwa, baju oren pun tidak payah pakai,” katanya.

Artikel berkaitan: Najib Tak Pakai Baju Oren

Artikel berkaitan: Lelaki ‘Baju Oren’ Sudah Ditahan, Cetus Provokasi Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Hingga Jadi Rempuhan

Screenshot 2026 09 04 170819

“Siasat dulu, kalau ada kes baru dakwa”

Anwar berkata, sekiranya seseorang individu masih dalam proses siasatan, mereka sepatutnya disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang pertuduhan dibuat.

Katanya, soal pakaian yang perlu dikenakan selepas seseorang didakwa pula boleh diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Menurut beliau, kelonggaran berkenaan juga mengambil kira keadaan individu yang memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan.

“Kalau tanya untuk siasat, siasat dulu. Kalau ada kes untuk didakwa, itu saya serahkan kepada badan penguat kuasa mengenai baju warna apa.

“Setakat ini, saya menghormati pandangan kerana ada orang yang rasanya bagi kerjasama dalam siasatan, tidak perlulah dikenakan baju oren kerana ia akan memberi persepsi berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan pendiriannya untuk terus memerangi rasuah dan salah guna kuasa selagi beliau memegang amanah sebagai Perdana Menteri.

“Masyarakat Melayu, Cina, India, dari Sabah atau Sarawak… ini bukan soal kaum, ini soal selamatkan negara. Bukan hendak selamatkan kedudukan, bukan selamatkan kumpulan.

“Walaupun saya menghadapi risiko atau tekanan, insya-Allah… saya minta rakyat doa kita dapat teruskan dan bersihkan negara ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.