Barangan peribadi seperti kad pengenalan serta kad bank perlu dijaga dengan rapi bagi mengelakkan dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki dikatakan menjadi mangsa kecurian kad debit selepas kad tersebut dikatakan tertinggal di atas menu sebuah restoran yang mempunyai warna yang sama.
Lebih menyedihkan, individu yang menggunakan debit tersebut mengaku dia ‘terguna’ kad itu untuk membeli burger di sebuah restoran yang agak mewah, malah dia turut menggunakan kad tersebut untuk membeli barangan di kedai serbaneka.
Pun begitu, menerusi tinjauan di laman Twitter, difahamkan kes berkenaan telah selesai apabila lelaki tersebut bertindak memaafkan perbuatan wanita tersebut dan mengaku perkara itu terjadi atas kecuaiannya sendiri.
“Dia mengaku salah ada “terguna” kad saya 4 kali. 2 kali beli burger Woodfire & 2 kali di KK Mart Gelang Patah. Sudah pukul 11 malam tak banyak kedai yang buka masa tu.
Katanya duit yang di gunakan adalah untuk beli barang kegunaan harian keluarga. Selepas dengar penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yg di belanjakan. Burger dia akan bayar semula di Woodfire sebab saya dah terima refund dari Woodfire.” tulisnya.
Walaupun tindakan lelaki berkenaan sepatutnya diberi pujian tetapi netizen merasakan ianya sesuatu yang pelik malah ramai juga yang merasakan perbuatan wanita berkenaan bukanlah sesuatu yang tidak sengaja.
Hmm, pendapat korang macam mana pulak?
Baca: [VIDEO] Kad ATM Tercicir, ‘Pencuri’ Beli ‘Skincare’ Sampai Licin Duit Dalam Akaun