Pada masa kini, ramai usahawan dengan produk baru dari syarikat mereka telah memilih untuk membuat iklan yang memaparkan aksi ‘luar biasa’ semata-mata untuk melariskan jualan dan mendapat perhatian masyarakat. Yelah nak lakukan produk punya pasal.
Langkah yang sedemikian juga turut dipraktikkan oleh sebuah syarikat vape apabila mereka menghasilkan sebuah iklan yang memaparkan pelakon komersial separuh bogel demi untuk mempromosikan produk mereka, lapor MStar.
Iklan yang telah tular di media sosial sejak minggu lalu dilihat mempunyai adegan yang mengghairahkan di atas katil serta di dalam kolam renang.
Walaupun iklan itu sebenarnya dihasilkan untuk mempromosikan produk perisa vape, namun netizen menyifatkan iklan berkenaan sebagai satu tindakan untuk mengeksploitasi wanita. Memalukan betul!
Ekoran kecaman bertubi-tubi yang diterima, Ketua Pengawai Eksekutif Sexbomb Vapor Co, Jack kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas video promosi vape yang dimuat naik di Instagram milik syarikatnya.
Beliau menjelaskan tujuan video tersebut disebarkan adalah untuk mempromosi penyertaan mereka pada ekspo NEC Vapor di United Kingdom (UK) dengan kerjasama dua syarikat dari UK yang bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober ini.
“Ia tiada kaitan dengan pasaran atau komuniti rokok elektronik di negara ini. Kami turut kesal video ini telah menyinggung sensitiviti budaya Malaysia.”
Selain itu, video yang dimuat naik di Instagram syarikat berkenaan juga telah dipadamkan bagi menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.
Jack akur dengan kritikan yang diterima dan kejadian itu sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada syarikat mereka.
“Kami memberi jaminan kepada orang awam untuk menangani perkara seperti ini sebagai satu keutamaan. Kami mohon maaf kepada pelanggan dan semua komuniti vape di Malaysia.”
Tak apalah Jack. Jadikan kejadian ini sebagai satu pengajaran ya! Maklumlah adegan 18SX di Malaysia teramatlah sensitif.
Baca: Lelaki Dihalau Keluar Bas Selepas Mengajak Penumpang Lain Tonton Video Lucah Bersama