in

“Igtkan kutip apa” – Penunggang Motosikal Ini Dapat Pujian Netizen Lepas Kutip Paku Bertaburan Di Jalan

1Kutip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang perjalanan di jalan raya, kita mestilah sentiasa berhemah untuk mengelakkan dari ditimpa malang yang tak berbau. Bukan setakat kemalangan, tayar pancit juga kadang-kadang menyusahkan kita untuk sampai ke destinasi yang dituju.


Cakap pasal tayar pancit ni, min nak share dengan korang satu kejadian yang dirakamkan menerusi dashcam. Dalam kejadian tu, kelihatan dua penunggang motosikal turun daripada motor ketika lampu isyarat merah untuk mengutip sesuatu di jalan. Min tak nampak apa yang dikutip, tapi selepas tengok replies, baru tahu dua penunggang motosikal tu kutip paku yang bertaburan. Mulia sungguh hati mereka. Korang boleh tengok video yang min cakap tu dalam tweet @anthraxxxx kat bawah ni.

 

Ingatkan kutip apa?

Sikap kedua-dua penunggang motosikal yang sanggup turun untuk kutip paku dapat pujian ramai netizen. Rata-rata berterima kasih dan menghargai perbuatan mereka berdua itu.

Screenshot 2021 05 22 At 11.28.11 AmScreenshot 2021 05 22 At 11.28.51 Am

Amiinnn. Semoga baik-baik sahaja untuk brader berdua ni. Banyak pahala tu alih halangan yang ada kat  jalan. Rakyat Malaysia ramai yang baik, termasuklah brader-brader ni.

Screenshot 2021 05 22 At 11.28.38 Am

Tak baik tau tabur paku atas jalan. Buatnya kena kat orang sampai buat dia kemalangan ataupun ada kesan buruk yang lain, tak ke menganiaya. Kalau tak boleh buat baik kat orang, jangan buat jahat kat orang. 

Screenshot 2021 05 22 At 11.29.05 Am

Betul, memudahkan urusan orang lain ni banyak kebaikkan dan kesan pada masa akan datang. Mana tahu Tuhan balas berlipat kali ganda hasil kita tolong orang sikit je. Marilah kita buat baik sama-sama. 

 

Baca: “Kan dah susah nak dating” – Lawak! BF Letak Paku Dekat Tempat Duduk Belakang Sebab GF Kuat Jealous

Screenshot 2021 05 22 At 11.30.13 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.